Bikers Padang begitu prihatin...terima kasih semua

www.ceritaku.my

Seperti tempat lain juga, bila kami bertemu dengan bikers Indonesia ini apa yang saya dapat lihat dan rasa ialah nilai Brotherhood / persaudaraan antara bikers amat dititik-beratkan. Lihatlah gambar di atas mereka datang bertemu mata dengan kami bukan dengan tangan kosong tetapi cenderahati yang memang disediakan semata-mata untuk diberikan kepada setiap bikers luar yang singgah di tanah/lokasi mereka. Cenderahati ini sebagai tanda kenang-kenang kepada kami bahawa kami pernah bertemu dan menjejakkan kaki di sini. Terima kasih Anas...


www.ceritaku.my
www.ceritaku.my

Selepas selesai acara pemberian cenderahati kami bergambar bersama-sama. Anas berasal dari Padang,kelahiran Indonesia memperisterikan Mieza rakyat Malaysia  seronok Mieza dan saya berbual berkongsi cerita. Kalau pulang ke Malaysia,silalah hubungi kami berdua -Anas dan Mieza. Tahukah anda bila kami mahu bertolak ke lokasi baru para bikers ini akan mengiringi ke sempadan daerah. Kasihan mereka kerana berhujan bersama kami (kebetulan pula sepanjang ride,ini kali pertama kami bermain hujan).

www.ceritaku.my

Hujan masih turun memaksa kami berhenti di kedai. Rupanya mereka sepakat belanja kami makan siang (makan tengahari). Sememangnya kami tidak boleh dari dari pelawaan ini,bikers Indonesia bila bertemu akan menjamu kami makan - alasannya supaya kami kuat dan bertenaga sepanjang perjalanan ride ini. Terima kasih sekali lagi untuk segala hidangan yang anda sediakan untuk kami berempat (Abang Mat,saya,Rey Nold dan Ayu).



www.ceritaku.my
www.ceritaku.my

Masing-masing ambil posisi yang selesa untuk makan,maklumlah sejuk! Badan dan pakaian dah lencun basah dek hujan,lebat pula hujan kali ini. Untungnya saya kerana dapat cuba resepi rempeyek ini...rasanya seperti rempeyek di Malaysia juga hanya ikan bilisnya seekor-seekor nampak ganas..hihii.





www.ceritaku.my

Inilah kedai makan lokasi makan siang kami (lunch).
www.ceritaku.my
www.ceritaku.my

Bila sudah habis makan,perut dah kenyang...cuba lihat muka-muka riang kekenyangan. Untuk pengetahuan anda kami berempat berpisah dengan bikers Padang yang mengiringi kami setelah selesai makan siang. Mereka pulang ke bandar Padang,manakala kami pula meneruskan perjalanan ke KERINCI. Ucapan ribuan terima kasih kami ucapkan kepada Bikers Padang kerana belanja makan siang kami. Tidak lupa juga terima kasih atas pemberian glove dan kasut hujan kepada kami. Jasamu ku kenang,,,TERIMA KASIH BIKERS!! Hendri dan Shukri...seronok bertemu kalian dan berkongsi cerita...walaupun seketika pertemuan kita di kedai kawasaki Padang.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

3 comments:

  1. salute betul dgn keberanian akak bermotosikal...e-na nak naik motor biasa pun dh kureng keyakinan skrg...

    ReplyDelete
  2. Mantab....terimakasih atas kunjungan nya ke Padang, Sumatera barat Indonesia....mudah2an cikgu mat bisa lebih lama lagi, biar saya bisa mengenalkan budaya dan pariwisata di padang....

    ReplyDelete
  3. InsyALLAH kami dan kawan kawan akan datang lagi.Objek pariwisata di Padang tak sempat kami lihat kerana mengejar masa.
    Terimakasih kerana membantu kami.

    ReplyDelete

Terima kasih,kerana sudi meninggalkan komen