Bermotorsikal di Kerinci

Seronoknya menunggang motorsikal di Indonesia kerana pengalaman jalanrayanya amat berbeza dengan Malaysia. Cabaran seterusnya ialah ket...

www.ceritaku.my

Seronoknya menunggang motorsikal di Indonesia kerana pengalaman jalanrayanya amat berbeza dengan Malaysia. Cabaran seterusnya ialah ketika mengisi petrol di dalam perut motorsikal,kalau kita menunggang di Indonesia ini perlu lebih prihatin dan merancang jarak perjalanan yang betul. Bukan apa,seperti yang sudah saya maklumkan bekalan petrol di sini tambahan pula kawasan pendalaman mudah kehabisan. Oleh itu,rancanglah perjalanan anda...hihiii macam iklan dalam TV pula.


Syoknya...lihat pemandangan ini,betul-betul di depan pam minyak. Seronok saya memerhati pemandangan di sini. Memang tidak menyesal kami berdua singgah di Kerinci. Sambil ride sambil melihat suasana Kerinci yang indah dan subur dengan tanaman padi.


Semua bikers dah siap mengisi tangki motorsikal masing-masing. Jom! Rey Nold,Tony dan Hendra kita teruskan misi hari ini.

www.ceritaku.my

Lihat depan sana itulah Gunung Kerinci,masih aktif tetapi kali terakhir meletus tahun 2009. Harap tidak meletuslah kalau tidak binasa Kerinci ini. Maha Suci Allah Pencipta Alam Semesta.

www.ceritaku.my

Leka memerhati pemandangan kabus yang menyelubungi Gunung Kerinci,terperasan pula saya bikers depan mengelak air di jalan....hati-hati,mata kena selalu peka dengan persekitaran ketika menunggang. Jaga keselamatan.

www.ceritaku.my

Makin lama makin dekat pula dengan pemandangan Gunung Kerinci ini. Kita nak mendaki Gunung Kerinci ke? Tidak sama sekali...hanya melintasi saja...sejuk tau! ketika ini walau pun dah menjelang tengahari.

www.ceritaku.my

Untuk anda para pembaca sekalian saya usaha mendapatkan gambar yang terbaik ini. Macam mana...puas hati tak? Memang mencabar untuk mendapatkan snap terbaik ini,apa tidaknya motorsikal tidak dihentikan semata-mata untuk ambil gambar ini. Saya kena berusaha sedaya-upaya mendapatkan snap terbaik untuk tatapan rakan pembaca. Saya puas hati dengan gambar ini.

www.ceritaku.my

Orang tua-tua selalu kata pada kita (generasi muda) berbudi pada tanah tidak rugi...lihatlah hasil tanaman mereka.



Laluan kami pelbagai versi,laluan berair, laluan berbatu...melihat gunung,memerhati alam,menikmati pemandangan sawah terbentang luas...saujana  memandang danau yang terbentang di depan mata. Sememang laluan ini amat menarik,dan seronok untuk dinikmati keindahan alamnya...Masih terlalu awal perjalanan kami...agaknya apa yang ada di jalan seterusnya ?

You Might Also Like

4 rajin tulis

  1. Waduh kak. Nyaman dan indah betul pemandangan. kalau saya ada motor cam akak, confirm saya ikut.

    ReplyDelete
  2. Nazri...
    Beli satu,jom ride dengan kami berdua.

    Saiazuan...
    Betul,pengalaman yang sukar dicari ..ingatan sepanjang hayat.

    ReplyDelete
  3. Cantiknya tempat..
    huh bila la bleh ride ni..Time keja neh la kot bli moto besar.hehe

    ReplyDelete

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif