Friday, July 29, 2011

Santai di Bukit Tinggi


Segar badan kami menghirup udara sejuk dan nyaman di Bukit Tinggi,patutlah ramai pelancong Malaysia nak melancong sambil shopping di Bukit Tinggi ini.Tuan-tuan dan puan-puan serta para pembaca sekalian inilah menu sarapan pagi kami di Mitra Hotel Bukit Tinggi. Bestnya di Indonesia setiap penginapan di hotel ada disediakan pakej untuk sarapan kami.Sarapan pagi versi BUKIT TINGGI.


Hotel kami bersebelahan dengan pasar,memang riuh-rendah waktu pagi. Tapi seronok betul kami melihatnya,terasa seperti kami berada di kampung sendiri. Bukit Tinggi ini terletak di Sumatera Barat,berada di lokasi tanah tinggi Minangkabau. Jaraknya hanya 90km untuk sampai ke ibu kota Sumatera Padang tak jauh sangat,tapi faham-faham ajelah jalannya.Hampir separuh hari juga untuk kami sampai ke Padang. Untuk hari ini kami hanya meronda lokasi pelancongan/wisata sekitar Bukit Tinggi saja.



Dah puas memerhati beberapa gambar sekitar Bukit Tinggi? Baiklah saya nak kongsi sedikit info mengenai Bukit Tinggi ini,rupanya ada 2 GUNUNG BERAPI yang masih aktif berdekatan dengan BUKIT TINGGI ini iaitu GUNUNG SINGGALANG dan GUNUNG MERAPI. Tinggalkan kisah gunung berapi itu kita berbalik pada suasana Bukit Tinggi,pastikan anda berbaju tebal kerana suhunya mencecah 16-24 darjah Celcius,sejuk seperti di Cameron Highland. Jom...kita jalan,ke mana kami berdua pagi ini??



Lokasi pertama ialah kedai Pak Ali,biker yang menjemput kami semalam. Pak Ali mempunyai kedai barangan biker...kedainya merupakan antara kedai yang terbesar di Bukit Tinggi ini. Ramai juga bikers yang membeli-belah di sini. Sekali lagi kami diajak bersarapan oleh Pak Ali...oleh kerana kekenyangan kami hanya minum air saja.

Teringin juga nak berposing dengan motor Indonesia. Ini motorsikal milik Rey Nold seorang anak muda dari Kerinci...(nak tahu kisah Rey Nold,kena tunggu  beberapa entry akan datang - kami ke Kerinci).

9 comments:

  1. ingatkan bukit tinggi kat Msia.. ^_^

    ReplyDelete
  2. mesti seronok ye dpt melancong ke negara org

    ReplyDelete
  3. CathJ....ini di Indonesia.
    Org Muo...seronok sebab dapat kenali negara jiran dan masyarakat tempatan di negara asing.

    ReplyDelete
  4. ingat ini bukit tinggi dekat genting :P

    ReplyDelete
  5. kampung saya kat bukittingi ni kak..lama giler tak balik...dekat 7 tahun...huhuhuhuh

    ReplyDelete
  6. And then just for the income statement Bill, what's the opposite income expense that has been negative this quarter payday loans fitzgerald, are made to move around in making use of their children.

    ReplyDelete

  7. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete
  8. assalammualaikum....salam sejahtera,

    ikut menompang berkenalan kepada tuan - tuan di malaysia,
    kami dari gency pelancungan PT. PESONA ANDALAN WISATA tour and travel di BUKITTINGGI -INDONESIA,
    nak information tentang destinasi pelancungan dan pakej - pakej cantik dan ok untuk di lawati, sila contact kami di :
    HP +62 818 06 803803
    FB kami : BARI PANDUWISATA
    bleh mesej atau inbox, terimakasih....
    wassalam

    ReplyDelete

Terima kasih,kerana sudi meninggalkan komen

Kegemaran ramai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...