Sunday, June 26, 2011

Melepaskan lelah setelah bermain lumpur


Berhenti rehat setelah penat kami bermain lumpur.Lega sebenarnya,bila tengok jalan sudah ok. Bukan apa risau kalau kemalangan berlaku maklumlah berat bebanan ER6 kami ini.



Ini gambar kaki seluar pemboncengnya. Boleh tahan juga,macam mana nak cuci ?


Lihat pula jentera ER6 kami,warna sudah bertukar kepada coklat.Biarlah kotor janji kami selamat sampai ke destinasi. Abang Mat siap berborak lagi dengan peniaga kedai ,bertanyakan jarak perjalanan yang perlu kami tempuhi.


Bila membaca komen Hasmizal,saya baru teringat satu kejadian agak mengerikan bagi kami berdua. Sayangnya tiada gambar kerana kami fokus pada ride berlumpur ini. Jaraknya...maaf tidak ingat,memang kami sungguh-sungguh ride dalam lumpur. Bayangkan pada suatu ketika lumpur sehingga disc brake tayar depan dan belakang motor. Mujurlah kami tidak jatuh dalam lumpur kena pada sangkaan kami ianya lopak lumpur seperti di Malaysia rupanya ER6 kami menerjah masuk dalam lumpur yang mempunyai satu lagi lubang lumpur didalamnya. Mujurlah kami berdua sempat bersandarkan badan kami pada body lori yang berhenti memberi laluan kepada kami berdua. Kalau tidak mandi lumpur lah kami hari ini.



3 comments:

  1. berapa km jaraknya keadaan jalan yang berlumpur?..

    ReplyDelete
  2. wah.. mesti mencabarkan lalu jalan berlumpur tuh.. naik motor nie memang lain pengalamannya berbanding berkereta... lebih mencabar dan lebih dekat dengan alam sekeliling..

    ReplyDelete
  3. Hasmizal....
    Maaf tak ingat berapa jaraknya,mmmm lama juga main lumpur ni.
    iina....
    Jalan ini memang mencabar kerana didalam lopak berair lumpur mempunyai lubang didalamnya yang tidak diketahui berapa dalamnya.Kami bernasib baik tidak jatuh dalam lopak tersebut.

    ReplyDelete

Terima kasih,kerana sudi meninggalkan komen insyaallah saya akan membalas komen anda

Anda mesti baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...