Sunday, May 8, 2011

Banda Aceh - Masjid Baitul-Rahman Day 1

Banda Aceh sebagaimana yang kita sedia maklum ianya dikenali sebagai Bumi Serambi Mekah. Kalau Malaysia Negeri Cik Siti Wan Kembang (Kelantan) memegang gelaran ini. Masjid Raya Baitul Rahman begitulah gelaran yang diberikan. Lokasinya terletak di tengah Banda Aceh.

Ada riwayat menyatakan Masjid Raya ini dibangunkan pada abad ke 13,ada juga menyatakan ianya didirikan pada abad ke 17 sewaktu pemerintahan Sultan Iskandar Muda. Pada zaman itu,masjid ini menjadi pusat pengembangan ajaran Islam bagi Kerajaan Wilayah Aceh.

Salah satu Kubahnya pernah dibom oleh Belanda,kerana waktu tersebut Masjid Raya ini dijadikan pusat penentangan Kerajaan Belanda. Masjid Raya ketika itu mempunyai 5 Kubah.

Peredaran masa berlaku,zaman berubah pembangunan berlaku begitulah yang terjadi pada Masjid Raya ini. Tahun 1992-1995,Masjid Raya dibangunkan dengan terdirinya 7 Kubah dan 5 Menara. Ianya mampu menampung jemaah seramai 10,000-13,000 orang dengan keluasan laman Masjid Raya 3.3 hektar itu.

Masjid ini mengalami sedikit keretakkan akibat Tsunami pada Disember 2004 yang lalu.

Hanya pengunjung yang menutup aurat sesuai dengan syariah Islam dibenarkan memasuki halaman Masjid Raya ini. Itulah keunikkan Masjid Raya Baitul Rahman.


Pada mulanya kami bercadang melawat Masjid Raya ini waktu siang,namun dinasihatkan oleh kawan bikers supaya menikmati suasana malam di Masjid Raya. Kami turuti saja...terasa diri amat kecil sekali bila berada dalam kawasan Masjid Raya yang pernah ditenggelami Tsunami 2004. Namun amat berpuas hati dengan hidangan pemandangan yang begitu indah .







8 comments:

  1. wah akak..
    dh smpai acheh ye..
    seronoknya..

    ReplyDelete
  2. singgah pagi..saya dulu ada peluang pergi ke Aceh x dapat pi..Ada hal keluarga yang kena selesaikan

    ReplyDelete
  3. argh, tak sabar nak singgah masjid ni...

    ReplyDelete
  4. salam. jauhnya jln2.. cemburu jg sa tpi. uat pa jg cmburu kn.. hehe appn i folo u folo me back yer.. tuan blog..
    20 top lagu english masa kini part 2

    ReplyDelete
  5. This could also affect their borrowing ability inside future
    because most lending companies look closely at debt-to-income ratio before
    they offer out money pay day uk just because the amount of money
    is easy to obtain, doesn't suggest you should have it if you are can not pay for it or get greater than you may need.

    ReplyDelete

  6. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete

Terima kasih,kerana sudi meninggalkan komen insyaallah saya akan membalas komen anda

Anda mesti baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...