Ride 2010 - From Malaysia to Indonesia

Bertolak malam dari Gombak ke Rawang sebelum ke Pulau Pinang bagi urusan penghantaran motorsikal ER6N. Di hentian Rawang ini,dapatlah rehat sekejab sambil menunggu kedatangan Bedoq - WTR.

www.ceritaku.my
Perkenalkan inilah Hisham Isa atau lebih dikenali sebagai Bedoq dikalangan bikers.Beliau merupakan penaja Garmin yang akan kami gunakan di Indonesia kelak.

www.ceritaku.my
Penghantaran motor ke Indonesia dibuat melalui pengangkutan air iaitu dari Pelabuhan Pulau Pinang terus ke Belawan,Indonesia. Bagi sesiapa yang berminat melakukan pengembaraan bermotorsikal di luar negara ini pastikan anda memiliki Lesen Memandu Antarabangsa dengan harga RM150.00 saja. Bagi yang membawa kenderaan ke negara yang dilawati sila buat CARNET di AAM, Shah Alam. Jangan lupa Wang Deposit di AAM hendaklah sama nilai dengan kenderaan yang dibawa,balik Malaysia nanti wang tersebut akan dikembalikan.Anda juga mesti jadi Ahli AAM hanya RM80.00 saja. Mengenai bayaran kapal pula kadar sehala adalah sebanyak RM370.00,manakala bayaran cukai kastam Indonesia atau BEA sebanyak RM300.00. Bila semuanya telah selesai boleh lah RIDE...



Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

6 comments:

  1. salam..lps ni kena bli motor ikut abg mat ye.. cup chye boleh.hehe

    ReplyDelete
  2. menariknye pegi jalan2 tu indo with motorcycle.. :) nice..~

    ReplyDelete
  3. kak..pinjam motor..hehe..mau jejalan gak

    ReplyDelete
  4. Indonesia dan Malaysia serumpun.
    Semua berbaikan dengan senyuman

    ReplyDelete
  5. Yang tak tahan tu ialah bayar deposit kenderaan kat AAM. Walaupun akan dipulangkan kembali tetapi modal nak touring dah lari..he..he..he..

    ReplyDelete
  6. Encik Estima,
    Boleh juga menyewa kenderaan di lokasi tersebut.

    ReplyDelete

Terima kasih,kerana sudi meninggalkan komen