Trans-Borneo Day 11 Labuan- War Memorial

www.ceritaku.my
www.ceritaku.my
www.ceritaku.my

www.ceritaku.my
www.ceritaku.myTempat ini merupakan salah satu tarikan pelancong yang mengunjungi Pulau Labuan.Yang pasti kita akan mengingati kemajuan yang dinikmati sekarang adalah pengorbanan masyarakat terdahulu.



Antara tempat menarik di Pulau Labuan:
1.Terowong Tanjung Kubong -1849 hingga 1911.Merupakan pusat aktiviti arang batu dan dikendalikan oleh syarikat Inggeris selama 64 tahun.Apa nama syarikatnya? SYARIKAT NEW CENTRAL BORNEO.

2.Chimmey - terletak di kawasan tanah tinggi dengan susunan batu merah setinggi 106 kaki.Untuk pengetahuan anda batu merah sebanyak 23,000 diimport dari England.Cuba perhatikan ianya adalah dari stail British.Terletak di kawasan batu kapur yang mengandungi kaolin atau lempung tembikar.Misteri disebaliknya-dikenali sebagai rumah besar yang tidak siap,juga berfungsi sebagai rumah api yang digunakan sebagai menara loceng menanda kedatangan kapal pada zaman dahulu.

3.Taman Burung - mempunyai 3 sangkar gergasi berbentuk kubah.Didalamnya terdapat spesis burung Borneo.

4.Taman Damai terletak di layang-layangan,berhampiran Tapak Penyerahan (Surrender Point).Di lokasi inilah tentera Jepun menyerah diri kepada Angkatan Tentera DiRaja Australia ke 9 pada 9 September 1945.Bila pula Tentera jepun masuk ke Pulau Labuan? Pada 1 Januari 1942 Tentera Jepun sampai di Labuan,iaitu tidak sampai sebulan selepas masuk Kota Bharu.3 Januari 1942 Tentera Jepun mengambil-alih Pulau Labuan tanpa sebarang tentangan.Masih wujud sehingga kini jambatan batu dan tempat duduk hasil ilham Jepun,begitu juga Arca Gangsa sebagai tanda peringatan penyerahan Tentera Jepun yang dibina atas bongkah batu besar berhampiran pintu masuk.

5.Dataran Labuan - lokasinya di pusat bandar,menjadi tumpuan sebarang acara atau persembahan utama Pulau Labuan.


Maaf...sebahagian gambar saja dapat dipaparkan.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

3 comments:

  1. walaupun saya pernah tggl setahun d labuan masa matrik dulu. saya xpernah p ke tmpat2 tu kak. sayang kan? huhu

    ReplyDelete
  2. wah!!!!! bestnya dapat jalan2....

    ReplyDelete
  3. Write more, thats all ӏ have to say. Literally, it seems as though yοu relied on
    the video to make your point. Yoou obviously know whаt youre talking about,
    why waste your intelligence on just posting videos tо your
    blоg when yοu could be giving uѕ somehing informative tо
    reаd?

    Here is my webpage - pokemon x and y download gameboy

    ReplyDelete

Terima kasih,kerana sudi meninggalkan komen