www.ceritaku.m Tengok lah betapa besarnya ikan-ikan Tawau,segar lah ....geram rasanya.Kalau ada dapur memang beli ikan dan beraksi di dapur.

www.ceritaku.m Psstt....cuba klik gambar ni,kertas apa yang di celah ikan tu?Kreatif sungguh peniaga di sini.

www.ceritaku.m Sporting pula,bila diminta pegang ikan semata-mata untuk ambil gambar ikan ini.Boleh beritahu tak ikan apa ni?Peniaga ni ada beritahu tapi terlupalah...




www.ceritaku.m Lokasi kami seterusnya ialah ke Pasar Ikan Tawau.Bukan tak pernah tengok ikan tapi hati ini terpanggil nak juga masuk ke dalam pasar ini.Meriah tau,rupa-rupanya masyarakat Tawau membeli ikan waktu petang nak guna untuk makan malam nanti.Jom...kita masuk alang-alang dah sampai depan pasar...

www.ceritaku.m Woow..!Besarnya ikan,segar-segar pula.Kalau ada dapur kat hotel tu...memang sah dah sambar ikan-ikan ini sekilo 2 makan bakar cicah sos.

www.ceritaku.m Semua nampak gambar ini? Siapa tahu namanya?Macam mana atau bagaimana cara untuk makannya?
Sesekali nak juga uji kawan-kawan blogger yang pandai ni....(psst...tak marah kan!)



Belajar geografi kita hari ini,ini lah peta kedudukan Bandar Tawau.Cuba perhatikan pulau-pulau yang berhampiran dengan Bandar Tawau. Sambil-sambil kaji peta kita tinjau lokasi menarik di Tawau.



TAMAN BUKIT TAWAU adalah lokasi tadahan air sungai.Antara sungai yang terlibat ialah Sungai Merotai,Sungai Kinabatangan,Sungai Mantri dan Sungai Balung.Terletak hanya 24km dari Bandar Tawau.Apa yang menarik di sini ialah ianya merupakan rumah kepada spesis haiwan dan tumbuhan.Orkid tanah pamah atau lebih dikenali Orkid Telinga Gajah,boleh didapati di sini.Manakala spesis haiwan pula ialah Kera Ekor Panjang,Musang,Tupai Putih Kuning,Monyet Merah dan Monyet Putih.


Seterusnya bagi yang ingin mengetahui lebih mendalam mengenai proses dan pengeluaran koko boleh melawat MUZIUM KOKO TECK GUAN.Terletak di Batu 2,Tangjung Batu Laut baru saja dibuka kepada awam pada tahun 2002.

Apa tunggu lagi,intai-intailah tiket belon ke sini...
Cantik tak..? Pemandangan ini sememangnya saya tidak akan lupakan...HANYA DI TAWAU.

Lokasi persinggahan bot-bot untuk ke pulau-pulau berhampiran.Nak tahu apa pulau yang berhampiran,,,,tunggu lah siri yang akan datang.

Ada tak saudara-mara rakan blog saya dalam gambar ini? Semua penumpang sabar menunggu bot yang akan bertolak sebentar lagi.

Masih mencari posisi menarik untuk merakam gambar-gambar cantik,buat tatapan pembaca blog dan kenang-kenangan empunya badan. Sambil-sambil melayan gambar menarik ini silalah klik di http://www.mpt.sabah.gov.my/Tawau.html%20-%20Cached - Cached




Pantang matahari jatuh sikit,dan nampak kurang terik...enjin motor dah panas semula.Kami round sekeliling bandar,last kami jumpa lokasi ini.Menurut maklumat....di sini lokasi pergerakan masyarakat setempat ke Pulau Nyamuk dan Pulau Sebatik...sayangnya kami tak ke sana.

Gambar yang dirakam di persekitaran lokasi kami berhenti.Kenapa tak nampak?

Dah zoom ...nampak tak? Mesti dah jelas kali ini...

Tengok kakak ni memunggah barangannya dalam bot,sabar kak bot 1/2jam lagi bertolak..bot ini menghantar pelanggan ke Pulau Sebatik.




www.ceritaku.m Sepanjang aktiviti pengembaraan bermotorsikal selama 16 hari di Borneo,inilah hotel paling mewah kami diami.Mencari hotel dalam keadaan demam saya yang panas ketika sampai, tambahan pula kami sampai di Tawau waktu malam.Tapi alhamdulillah...selamat sampai juga di sini,masih belum kebah lagi demam,tengoklah muka orang demam tu...

www.ceritaku.m Motor kami parking sebelah hotel saja.Semasa gambar ini diambil cuaca semakin panas,matahari dah meninggi,rupanya dah nak hampir waktu zohor.Masuk bilik dulu berehat sementara menunggu waktu petang nak jalan-jalan lagi.........maaf ye,kami nak rehat.



Kalau kita berjalan ke tempat orang,pasti kita nak lihat apakah sistem pengangkutan yang paling banyak digunakan.Jom...kita tinjau orang Tawau guna apa untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang jauh....

Ini lah kenderaan yang mereka gunakan....perlu diingat Sabah merupakan negeri yang besar.Pergerakan antara lokasi memakan masa yang agak lama,disebabkan oleh faktor bentuk muka bumi,bukan seperti di Semenanjung yang menjalar HIGHWAY berbayar.



Walau pun demam,jalan tetap jalan.Dah bermotorsikal jauh sebegini kalau diam saja dalam bilik RUGI.

Sekitar TAWAU,kita lihat aktiviti masyarakat di sini.

Panas juga hari ini,tak mengapa janji dapat mengambil beberapa gambar menarik untuk tatapan anda.


www.ceritaku.m Pemandangan di kala senja menjelma yang sangat cantik...

www.ceritaku.mSedia ...dah sampai di Semporna ni....hampir senja.

www.ceritaku.m Dah gelap bukan,Abang Mat nak teruskan juga perjalanan kami.Apa yang pasti demam saya tidak akan kebah dalam masa terdekat ini.Tambahan pula akibat terkejut semasa dalam laut tadi walau pun seronok tetapi perasaan takut itu tetap ada.Bukannya saya berani sangat,sememangnya amat takut untuk bermain air.Tapi sangat suka mandi.

www.ceritaku.m Cam tak ? Dah lupa ke....ala , kan ini Dragon Inn tempat saya tidur tempoh hari.Sangat suka dan seronok tidur di sini...masih teringat jemoran mandiannya yang sama seperti di kampung saya.






Baiklah,saya sengaja paparkan gambar ini tetapi posisi yang berbeza.Sebagai tanda kenangan kami berdua pernah sampai,singgah,berkenalan dan bermesra bersama kawan bikers di Semporna ini.Ada juga kawan saya yang tidak sempat kami bertemu,tidak mengapa insyaallah jika diberi kesempatan dan ruang kita akan bertemu jua.

Nampak tak bangunan berwarna putih,biru tu? Itulah Balai Polis Marin di Semporna,kami akan mengambil motorsikal di kediaman kawan biker seorang pegawai polis marin di situ.(psst...beliau dan kawannya telah sponsor perjalanan kami ke Pulau Mabul-jangan beritahu orang tau...heheee,Terima Kasih).



Dah nak berlabuh bot laju kami ni...demam masih tak reda,selalunya akan bertambah panas.Itulah yang merisaukan suami saya,sebab bila saya demam akan terlalu panas tapi badan menggigil. Kalau saya tidak demam mengejut ini,PASTI Pulau Mabul sudah menjadi lokasi BERADU saya.



Terasa sekejab saja perjalanan sejam di atas bot,dah pun sampai di Semporna.

Perkampungan air yang berhampiran laut.

Cantik bukan pemandangan ini?




Kami bertolak ke Semporna sesudah asar dari Pulau Mabul,perjalanan dari sana ke Semporna memakan masa hampir sejam.Tambahan pula keadaan air laut pula surut,melambatkan pergerakan bot kami di beberepa lokasi yang cetek.



Tak mengapa....kesempatan ini saya gunakan untuk mengambil beberapa gambar yang menarik untuk dikongsi bersama.



Menarik tak?Nampak seperti biasa,tapi perhati dengan hati yang tenang anda pasti merasa nikmat ketenangan di sini.




Inilah gambar kenangan yang manis saya untuk tatapan rakan pembaca blog,siapa sangka dapat mengambil gambar sebegini.Isi laut di kawasan cetek sekitar Pulau Mabul yang dapat saya ambil gambar.

Bayangkan betapa cantiknya isi laut yang saya lihat ketika bermain air tengahari tadi.Gambar yang saya ambil ini merupakan gambar isi laut cetek ketika dalam perjalan pulang ke Semporna.


Gembira rakan saya ini kerana hari saja dua kali dia main air sementara menunggu bot ke Semporna.Begitu senyum lebar,barangkali berpuas hati dengan apa yang dirasanya.

Keputusan sudah diambil,kami balik ke Semporna atas faktor demam saya yang makin menjadi-jadi.Rugi rasanya tidak dapat bermalam di Pulau Mabul.Apa kan daya faktor kesihatan lebih diutamakan.Walau pun demam masih mampu memetik lensa kamera merakam pemandangan yang cantik ini.

Suasana petang yang sempat saya rakam pemandangan indahnya.


Sambil mata memandang persekitaran,tangan pun main peranan nak petik kamera rakam aksi semulajadi.

Kadang-kala pemandangan sebegini kita anggap biasa saja,tapi bila direnung semula kita akan terfikir susah nak rakam aksi-aksi semulajadi ini.Inilah kenangan indah kami untuk tatapan kawan pembaca.



Dah penat berjalan,Abang Mat berbual dengan tukang rumah ini.Kumpulan mereka sedang bertungkus-lumus menyiapkan beberapa bilik untuk homestay yang kami diami ini.Mungkin sekarang sudah siap sepenuhnya bilik tersebut.Kami membatalkan hasrat bermalam di sini walau pun kami ditaja sepenuhnya dari segi penginapan dan makan,minum.Demam saya amat panas,terpaksalah saya pulang ke Semporna.Yang pasti saya TERINGIN untuk ke PULAU SIPADAN pula,kalau ada rezeki.


Masa gambar ini diambil,kami berdua baru lepas habis round perkampungan.Badan saya suhunya dah makin meningkat panas.Demam terkejut bertahun lamanya tidak bermain air laut semenjak keluar dari kolej.Cuaca pula sekejab panas sekejab hujan renyai-renyai.Kalau badan makin panas kami terpaksa membatalkan niat bermalam di sini.
Abang Mat bersama cikgu yang mengajar saya berenang.

Ini lah cikgu renang saya.

Sampai bercekak pinggang Abang Mat melihat mat-mat salleh ini mencuci pakaian.Setiap kali naik ke daratan pakaian renang perlu dicuci,barulah tahan lama.

Akibat terlalu penat,tidur lena driver bot saya merangkap tenaga pengajar kepada diver baru.





Dah tak ada benda yang ambil gambarnya,sambil belek-belek buku atas meja saya terlihat gambar-gambar ini.Mari ramai-ramai kita tilik peta,belajar geografi kita hari ini.


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home