www.ceritaku.m
Bajau Laut merupakan etnik pribumi yang menetap di Pulau Mabul ini.Pulau Mabul merupakan lokasi fotografi-makro yang hebat di dunia.Kedudukannya yang terletak di perairan jernih Laut Sulawesi berhampiran pantai Sabah yang dikeliling terumbu karang sedalam 2 hingga 40 meter.Luas Pulau Mabul ialah 21 hektar,lebih besar dari Pulau Sipadan.


www.ceritaku.m Gambar ini sekadar hiasan bagi menggambarkan masyarakat Bajau Laut.Gambar diambil di Pulau Mabul. Orang bajau merupakan penyelam dan pengutip hasil laut yang mahir dengan menggunakan cara penangkapan tradisional pada zaman dahulu.

www.ceritaku.m Menurut maklumat yang saya perolehi dari masyarakat setempat,komuniti Bajau Laut ini banyak menghabiskan hidup di lautan.Mereka hanya ke daratan jika bekalan keperluan harian sudah habis.Sumber protein sudah semestinya mereka perolehi dari laut. Bajau Kota Belud digelar "Koboi Sabah"kerana mereka merupakan penunggang kuda yang mahir.Bajau Pantai Timur Sabah terutamanya di Semporna terkenal dengan gelaran "Sea gypsies,Panglima Di Laut,Pelaut dan Pelayar Terunggul".

www.ceritaku.m Bajau Semporna terkenal dengan penangkapan hasil laut.



www.ceritaku.m
Nasib baik selepas kami naik ke daratan baru hujan turun.Agak lebat juga hujan sehingga memaksa beberapa perahu BAJAU LAUT ini berteduh di bawah rumah yang berhampiran lokasi penginapan kami.Mungkin agak sukar bagi kita menjalani hidup seperti BAJAU LAUT.Hebatnya mereka hidup di laut,berumah di laut semuanya berkaitan dengan laut.Laut dengan mereka umpama "aur dengan tebing".



Paparan sebelumnya ialah pemandangan komuniti BAJAU LAUT yang masih wujud di Malaysia. Masa untuk rehat sesudah beberapa jam berenang dan berendam dalam air laut. Memang pemandangan dasar laut terutamanya di Pulau Mabul amat cantik.Malangnya saya tidak dapat mempamerkan gambar dasar laut kerana kamera kami hanya berfungsi di daratan.


Satu pemandangan biasa bagi masyarakat di sini. Tetapi bagi saya yang baru pertama kali ke sini timbul pelbagai soalan dalam kotak fikiran. Apa...siapa....kenapa...mengapa...bagaimana??


Pelampung,jaket keselamatan merupakan dua peralatan atau pakaian yang paling PENTING ketika aktiviti menyelam ini. NYAWA LEBIH PENTING,lebih-lebih lagi bagi yang kurang MAHIR BERENANG.....Tenaga pengajar pun berlegar di keliling kami,maklumlah banyak tenggelam dari timbul.Air masin pun banyak juga kami hirup.


Dah sampai juga di Pulau Mabul,perut dah kenyang kenalah main air...JOM!

Semua rakan kami dah ready nak pergi .....kumpulan pertama ke Pulau Sipadan dah bertolak. Kumpulan tersebut memang profesional,kami berdua saja yang baru belajar.Info mengenai dive ke Pulau Sipadan dapatkan di sini http://islands-in-malaysia.blogspot.com/.../pulau-sipadan-sabah.html%20-%20Cached - Cached

Bergambar kenangan dengan tenaga pengajar.......

Abang Mat dengan driver bot kami juga merangkap tenaga pengajar dive di sini...HEBAT !

Atas permintaan ramai Abang Mat bergambar dengan tong gas untuk dive ini.Nak pergi dive tak pandai berenang dapat bergambar pun jadilah.





Macam mana...?? Cantik bukan...

Terangkat ibu jari tangan....Indahnya.

Ada tentera kitalah....tabik hormat.

Nampak tak dalam air tu,ada apa? Kawasan ini cetek kena perlahankan pergerakan bot,bila bot perlahan kami semua meneropong lihat hidupan dalam air. Cantik...





Beberapa keping gambar pemandangan menarik yang sempat saya rakamkan untuk tatapan anda.

Ada lagi sebuah bot penuh muatan....ke manakah lokasi tujuan mereka? Pulau Mabul atau Pulau Sipadan.?

Dah pun memotong bot kami,biarkan....utamakan keselamatan.Biar lambat asal selamat sampai.






Masa kami nak bertolak ke Pulau Mabul,hujan sememangnya lebat.Tetapi diikuti oleh deraian renyai-renyai hujan,seperti biasa kalau ini berlaku akan terbentuk lah sang PELANGI yang cantik.Lihatlah kecantikkan ciptaan ALLAH yang dapat saya rakamkan.




Hujan dah reda,walau pun masih turun renyai-renyai. Rasanya dah boleh meneruskan perjalanan ke Pulau Mabul. Mana bot ni?

Bersama pelancong yang turut sama ke Pulau Mabul.

Pemandangan dari bot.

Masih perlahan pergerakan bot kami,maklumlah baru saja berlepas dari pengkalan.

Antara pemandangan yang dapat dilihat dari bot kami.

Nampaknya dah mula memecut pemandu kita. Saya dimaklumkan perjalanan ke Pulau Mabul memakan masa selama 1 jam.









Sebelum nak pergi jalan,kita cari maklumat di peta terlebih dahulu. Dah dapat lokasi?

Sebenarnya selepas menyimpan motorsikal di kediaman polis marin,kami ingin bertolak ke Pulau Mabul.Singgah di pejabat ini,kena tunggu dulu hujan lebat di luar.Sabar ...

Pejabat yang menguruskan pergerakan kami ke Pulau Mabul.Bos sibuk menalipon,staff pula sibuk menyiapkan barang yang perlu dibawa bersama.

Kena periksa semula,manalah tahu nanti tertinggal barang susah nak cari speed boat ke daratan. Ribuan TERIMA KASIH dari KAMI BERDUA buat BOS SYARIKAT ini yang menaja kami ke PULAU MABUL.Bak kata pepatah "Orang haus diberi air,orang diberi nasi".




Singgah di rumah kawan yang merupakan seorang Pegawai Polis Marin,Semporna. Kami simpan motor di rumahnya.Beliau adalah seorang bikers juga...terima kasih kepada mereka sekeluarga kerana sudi menumpangkan kami yang jauh.

Sempat juga bermain dengan si kecil ini.....

Bergambar kenangan,mudah-mudahan dilimpahkan rezeki dan dipanjangkan usia kita akan bertemu lagi.


www.ceritaku.m
Hari ini dah masuk hari ke 6,suami dan saya menjelajah bermotorsikal. Sasaran kami ialah mengelilingi Sabah hingga ke Sarawak.Sewaktu gambar ini diambil jam di tangan baru menunjukkan pukul 6.40 pagi.Sememangnya Sabah cerah atau siang lebih awal.Menulis jurnal perjalanan sambil menunggu sarapan pagi.


www.ceritaku.m Inilah pemandangan sekitar restauran di Dragon Inn.

www.ceritaku.m Dah siap sarapan,kami perlu bergerak menuju ke rumah kawan yang berdekatan untuk meninggalkan motorsikal.Lokasi seterusnya....PULAU MABUL...



www.ceritaku.m Bersiar-siar di Semporna waktu petang amat menyeronokkan,ramai sungguh orang.

www.ceritaku.m Rasanya ramai yang tidak tahu,apa yang berada di sisi pemuda ini?Itulah ubi kayu yang telah diparut dan dimampatkan.

www.ceritaku.m Menurut maklumat yang saya perolehi,setiap petang akan ada pasar petang sebegini.

www.ceritaku.m Pelbagai jualan kita boleh dapati termasuk barangan basah seperti ikan.

www.ceritaku.m Ikan bilis disini agak besar...berbanding yang pernah saya jumpa di Semenanjung.

www.ceritaku.m Besar dan segar-segar ikan yang dijual...

www.ceritaku.m Sayur-sayuran pun kita boleh dapat disini.

www.ceritaku.m
www.ceritaku.m Abang Mat tekun mendengar cerita seorang penduduk tempatan.









Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home