Ini gambar yang sempat saya ambil dalam pasar Hanoi.Cantik dan kreatif ciptaan mereka,sempatlah beli beberapa barangan sebagai tanda kenangan.Masa pergi ni musim sejuk,tengah sale kain satin untuk persediaan musim panas yang bakal menjelang.Sempat juga shopping beberapa pasang kain satin vietnam.Satu peringatan kepada kaki shopping,semua barangan di sini cantik dan murah tapi anda perlu berhati-hati jika membeli kain pasang kerana dikhuatiri tak cukup meter pula.Nanti ada yang pakai baju 31/2 meter.Biasalah penipuan ada di mana-mana,mereka pun nak hidup juga.Saya tak terkena dalam kes ni,sebab pergi dengan saudara yang pandai speaking vietnam...Friday, April 30, 2010
Vietnam-tinjau lokasi
Ini gambar yang sempat saya ambil dalam pasar Hanoi.Cantik dan kreatif ciptaan mereka,sempatlah beli beberapa barangan sebagai tanda kenangan.Masa pergi ni musim sejuk,tengah sale kain satin untuk persediaan musim panas yang bakal menjelang.Sempat juga shopping beberapa pasang kain satin vietnam.Satu peringatan kepada kaki shopping,semua barangan di sini cantik dan murah tapi anda perlu berhati-hati jika membeli kain pasang kerana dikhuatiri tak cukup meter pula.Nanti ada yang pakai baju 31/2 meter.Biasalah penipuan ada di mana-mana,mereka pun nak hidup juga.Saya tak terkena dalam kes ni,sebab pergi dengan saudara yang pandai speaking vietnam...
Lokasi dan tarikh:
Pejabat kerajaan/swasta/agensi
| Reaksi: |
Vietnam-Meronda di Bandar Hanoi
Time ni tengah dok survey nak pergi ke Halong Bay so mencari travel agensi yang bersesuaian lah ni.Memang banyak travel agensi tapi yang paling tersohor ialah SINH CAFE.
Masa lalu depan kedai ni tak terfikir nak beli topeng,bila balik Malaysia terasa rugi pula tak beli.Moralnya bila rasa berkenan baik beli terus,nanti terkenang-kenang.Memang kreatif hasil buatan mereka.Kat mana kedai ni? Kedai ni terletak berhampiran dengan tempat penginapan kami.Saya memang booking guest house yang betul-betul dalam kawasan bandar Hanoi ni.
Lokasi dan tarikh:
Pasar/Kedai/Gerai
| Reaksi: |
Thursday, April 29, 2010
Vietnam-APT Guest House

Bergambar kenangan dihadapan tempat penginapan kami iaitu APT GUEST HOUSE.Agak selesa tempatnya apa yang boleh saya katakan,jika anda melihat gambar guest house ini dalam website keadaan biliknya adalah sama seperti realiti. Guest house ini terletak berhampiran dengan masjid,bolehlah dengar azan subuh.Boleh berjalan kaki ke pasar yang berhampiran.Saya boleh merayap ke kedai-kedai yang berhampiran hanya dengan berjalan kaki memang tak salah dah memilih guest house ni .
Lokasi dan tarikh:
Hotel
| Reaksi: |
Vietnam-Pertama kali menjejak kaki
Kisah bermula selepas kami melawat Medan, nak terus naik flight ke Vietnam. Gambar ini diambil ketika flight delay dan kami masih di Medan lagi,bayangkan jam 8.00pm flight delay dan pagi esok jam 6.00am atau lebih tapi yang pasti pagi sesudah subuh nak naik flight terus ke Vietnam.Penat memang penat tapi seronok mengatasi segalanya,maklumlah pertama kali menjejak kaki ke Vietnam pada musim sejuk.Malangnya kami terlewat seminggu kalau tidak sempatlah merasa sejuk paras 0 darjah.Masa kami pergi ke sana ni pun suhu mencecah 16 darjah,umpama di Genting Highland lah.
Lokasi dan tarikh:
Airport/Kapal laut
| Reaksi: |
Sunday, April 25, 2010
Canton Fair-Guangzhou
Sebenarnya tujuan suami dan saya ke negara China ialah ingin menghadiri diri di CANTON FAIR. Memang amat menarik dan satu pengalaman yang amat sukar dilupakan.Bayangkan seluruh dunia datang membuat pameran pelbagai barangan terbaru,terkini dan penuh kreativiti dengan satu tujuan iaitu untuk dipasarkan ke serata dunia.Memang bertuah saya dapat melihat sendiri pameran ini.Saya sendiri tak menyangka boleh terleka melihat pelbagai barangan menarik dalam satu dewan selama 4 jam.Sedar-sedar kaki penat dan lenguh,tengok jam rupanya dah empat jam saya di dewan tu...itu baru satu dewan ada lagi 3 dewan,kiralah berapa banyak masa yang dihabiskan dengan melihat pelbagai barangan terkini.Bab makan anda tak perlu risau bila dah seluruh dunia berkumpul memang semua keperluan warganegara asing mereka sediakan.Sekuriti pula memang ketat setiap kami ada tag nama tersendiri yang disediakan dalam masa tak sampai pun 5 minit,cctv semua tempat dan keselamatan memang terjamin sebab semua yang datang adalah warga negara lain,mereka perlu menitik-berat keselamatan pelanggan mereka.Kalau ada peluang memang rasanya nak pergi lagi,insyaallah.
Lokasi dan tarikh:
China
| Reaksi: |
Guangzhou-santap
Lokasi dan tarikh:
Menu
| Reaksi: |
Wednesday, April 21, 2010
Shenzen,China
Lokasi dan tarikh:
China
| Reaksi: |
Hong Kong-Jeti
Lokasi dan tarikh:
Hong Kong-2008
| Reaksi: |
Sunday, April 18, 2010
Hong Kong - Perjalanan menuju Hong Kong
Lokasi dan tarikh:
Hong Kong-2008
| Reaksi: |
Hong Kong - Bersiar-siar
Lokasi dan tarikh:
Hong Kong-2008
| Reaksi: |
Friday, April 16, 2010
Hong Kong-Pertama kali menjejak kaki
Lokasi dan tarikh:
Hong Kong-2008
| Reaksi: |
Friday, April 9, 2010
Bali-catatan terakhir
Maaflah para pembaca blog sekalian 5 kali cubaan untuk memasukkan tayangan rakaman video dalam blog ini,malangnya tak berjaya juga. Akhirnya saya buat keputusan menerbitkan catatan terakhir mengenai BALI dengan gambar yang saya ambil ini. Walaupun saya sendiri tak berpuas hati kerana gagal upload rakaman tersebut tapi apa kan daya,pelbagai usaha telah dibuat,moga jika Allah kurniakan rezeki yang lebih dan halal dapat lah saya berjalan lagi ke negara orang.
Lokasi dan tarikh:
Bali
| Reaksi: |
Thursday, April 8, 2010
Bali-senja nan indah
Waktu ini kami baru aje balik melawat Uluwatu....kami hanya menyaksikan pemandangan menarik di pertengahan jalan pulang ke tempat penginapan. Dah hampir senja berhenti seketika,keliru jalan ke PURI DEWA BURATA... Kami pun bertanya dengan penduduk yang berehat di TUGU ini. Bali memang ada pelbagai tugu yang mempunyai simbolik makna tertentu atau dengan kata lain sebagai mercu tanda atau daya tarikan pelancong asing datang melawat BALI.
Lokasi dan tarikh:
Bali
| Reaksi: |
Sunday, April 4, 2010
Bali-suasana tenang
Lokasi dan tarikh:
Airport/Kapal laut
| Reaksi: |
Bali dan keunikannya
Lokasi dan tarikh:
Bali
| Reaksi: |
Subscribe to:
Posts (Atom)

