www.ceritaku.my
Gambar ini saya rakam sebelum menuju ke Angkor Wat,penat mengayuh basikal. Berhenti rehat tengok masyarakat tempatan berurusniaga. Seronok juga, macam zaman dulu boleh tgk ubi bakar dijual...


www.ceritaku.my Kalau di tempat kita,bubur kacang hijau atau bubur jagunglah yang kita jual. Kat sini pun lebih kurang macam tulah...


www.ceritaku.my Kan dah cakap ubi keledek merah bakar,pisang pun dia orang bakar, lepas bakar dicurahnya air gula kat pisang tu...yummy sedap,tapi saya tak beli lah...



Kalau kita pergi ke Kuil Murugan Batu Caves,kita akan jumpa spesis ni di sana. Begitu jugalah ketika saya di Angkor Wat ini. Suami saya merakam aksi spesis ini,pandai pulak ia bergaya bila lensa camera ditujukan pada ia.

Sebelum masuk ke dalam Angkor Wat,siap minta bantuan pelancong Jepun ambil gambar kami berdua. Kalau tidak asyik single je...Kenapa pelancong tu meninjau ke dalam tasik? Nak tahu...ianya adalah tasik buatan manusia yang dibina dengan tujuan menjaga keselamatan pada zaman tersebut. Yang ditinjau oleh pelancong dan saya sendiri ialah ikan talapia yang dipelihara kat dalam tu...itulah rahsianya.

Kalau anda cari dalam internet pasti gambar ini muncul....mulanya saya ingat memang tak nampak apa sebab gelap sungguh lokasi ni. Bila upload ke komputer,alhamdullilah teranglah sikit,nampak kan!


Masa ni...Angkor Wat sedang dalam kerja pembaik-pulih,maklumlah dah lama rosak sana sini. Cantik bukan pemandangannya.

Nampak kan....ada macam tangga tepi bangunan tu,itu sebab ada sebahagian lokasi di Angkor Wat ini tidak dibenarkan masuk untuk menjaga keselamatan pelancong. Tapi kita boleh melawat persekitarannya yang indah dikelilingi oleh tasik buatan manusia.



Memang saya tidak menafikan pemandangannya yang indah,lebih menyamankan tasik buatan manusianya....bagi anda yang biasa dengan siaran astro pasti telah menonton sejarah Angkor Wat ini. Dah 2 kali siarannya ulangannya.




Ini pula Wat Thom,kuil kecil di hadapan Angkor Wat. Yang paling mengagumkan saya ialah batu-batu besar yang digunakan untuk membina seluruh bangunan di sini tanpa sebarang teknologi moden. Bila menonton siaran astro mengenai Angkor Wat ini ia membuat saya lagi terpegun dengan kegigihan rakyat Cambodia ketika zaman itu.





Zoom...gambar ni. Saya memang terpegun melihat batu-batu lebih besar dari pemeluk saya,siap digunakan untuk buat tangga yang saya pijak lagi.




Ini ialah pagar atau tembok yang dibina sebagai pintu laluan utama ke Angkor Wat. Bayangkan batu-batu yang besar yang diangkat dengan tenaga manusia pada zaman tersebut.

Baru aje lepas hujan,agak lecak sikit tapi tak apa kita dapat lihat Angkor Wat dari pandangan jauh ni dalam gambar ni...


www.ceritaku.my Ini lagi pemandangan dari hadapan Angkor Wat yang saya rakamkan sebelum kaki melangkah ke dalam sana.



www.ceritaku.my
Pemandangan paling hampir iaitu pintu utama ke Angkor Wat. Semua pelancong perlu melalui jalan ini untuk menuju ke Angkor Wat.



www.ceritaku.my Dah dekat ni nak masuk Angkor Wat,siap sedia baca lah apa yang patut. Tengok sami ni pun datang sembahyang kat sini.





Sempat lagi bergambar dengan kereta berplat nombor Cambodia,untuk pengetahuan anda semua. Setiap rakkyat Cambodia yang memiliki kenderaan merupakan rakyat yang mempunyai wang yang agak banyak,kerana mereka membeli kenderaan ini secara tunai walau pun kereta mercedes. Kenapa! tak percaya? Anda kena percaya.

Maaflah saya pun tak tahu motor jenama apa ini...nak posing tak sempat membelek brand motor ni.



Ini pula pandangan depan kerata Cambodia yang sempat saya rakamkan sebelum masuk ke Angkor Wat.


Kalau kita jalan terus aje akan sampai ke Angkor Wat,malangnya kita warga asing kenalah masuk beli tiket dulu.





Dari pintu masuk ni saya berbasikal agak laju juga,masa yang diambil untuk sampai ke Angkor Wat lebih kurang 15 minit berbasikal ni. Agak jauh tetapi puas hati dengan pemandangannya yang cantik dan tenang sepanjang mengayuh basikal. Angkor Wat merupakan kuil yang paling besar di sini. Selain Angkor Wat anda boleh melawat Banteay Kdei,Ta Prohm,Pre Rup,East Mebom,Neak Pean,Ta Nei,Ta Keo yang agak popular selepas Angkor Wat,Thommanom,Victory Gate juga terkenal dan patut dilawati,Bayon yang dikatakan amat menarik jika anda sempat menikmati matahari naik di Wat Bayon ini,North Gate, Phimeanakes,Terrace of the Elephants,West Gate,Baphuan dan South Gate. So bagi yang berkesempatan masa dan berhajat melancong bolehlah plan ke Angkor Wat ni..


Sempat bergambar depan kaunter tiket Angkor Wat. Kenapa tak caya? Dah cakap ....memang kami berdua berbasikal dari tempat penginapan ke Angkor Wat. Best! sebabnya dapat main hujan dan bila berbasikal untuk ke Angkor Wat ni terasa macam berbasikal dalam kampung sendiri aje. Apa taknya,dalam perjalanan ke sana kami melalui depan sekolah..dapat tengok kanak-kanak balik sekolah,dapat tengok cikgu pelatih sebab kami melalui maktab atau intitusi latihan perguruan mereka. Untuk masuk ke Angkor Wat ni,kita boleh beli tiket untuk one day tour, two days tour or three days trip. Kalau one day tour kita boleh masuk dari pagi sampai petang dan kena keluar jam 6.30 pm,so laratkah anda nak menghabiskan satu Angkor Wat ni? Masa atau jam berapa pagi tu? Seawal jam 5.00 am sudah dibuka....dah bangun ke?


Tengoklah! betapa berani...nasib baik buaya tu lari dari akak! Tahu takut sang buaya ni...nasib baik lari,kalau tak akak yang lari. Masa ni saya singgah depan kedai yang menjual barangan kulit,sebab hujan agak lebat sikit. Dapat lah melepaskan penat kejab.
www.ceritaku.my
Baru aje lepas hujan,kami plan nak ke Angkor Wat. Hujan pun renyai-renyai aje...redah jelah janji sampai ke sana. Saya dan suami berbasikal ke Angkor Wat. Berbasikal ke sana dari tempat penginapan kami mengambil masa lebih kurang 20 minit. Habis pecut tu...maklumlah lama tak berbasikal,penat yang amat. Tapi apa yang penting pengalaman ini amat berharga bagi kami berdua,keseronokkan berbasikal membuat saya teringat zaman sekolah dulu.





Inilah pemilik restoran,muda lagi tetapi mempunyai keazaman dan semangat yang tinggi. Jangan tak percaya Faizal ni pandai berbahasa Cambodia,kalau tak silap baru 3 tahun dia di sini. Yang berbaju oren tu kawan Faizal, Yusuf Palla namanya,boleh berbahasa Melayu. Pernah belajar pondok agama di Kelantan. Yusuf seorang tour guide bebas. Banyak maklumat yang kami perolehi dari mereka berdua,terima kasih dari kami berdua.

Kami sampai tengahari di Siem Reap,kena pula hujan amat lebat. Yang paling mencabar perhentian basnya yang masih bertanah merah...aduhh....habislah kasut berselut dengan tanah merah. Sampai aje kami minta tut-tut hantar ke restoran Faizal ni,Faizal orang Shah Alam. Gambar ini saya ambil waktu makan malam di restoran Faizal bersama Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mamat (polis tentera). Oh! ya nama restoran ni...semua orang tahu dah keluar paper di Malaysia, MALAYSIA KITCHEN RESTAURANT.




Syok dia orang berbual sampai kita ambil gambar pun tak perasaan. Saya menginap di Lysakura sebelah restoran ni. Lysakura ialah guesthouse yang cantik siap ada ruang untuk smoking area aras paling atas dan juga ruang rehat.

Sekarang saya dalam perjalanan menuju ke Siem Reap dengan menaiki bas harian bersama rakyat Cambodia. Best juga merasa suasana menaiki bas harian di negara orang.


Singgah sekejap di Kampong Thom Market,tapi saya tak masuk pun dalam pasar tu. Hanya meninjau dari luar aje. Bas pun berhenti sekejap untuk para penumpang minum membasahkan tekak yang kering.


Inilah pemandangan luar pasar yang sempat saya ambil,sebelum saya membeli buah-buahan untuk dimakan. Bahagian luar pasar ramai juga peniaga yang menjual makanan enak seperti belalang goreng,dan beberapa serangga lain. Maaflah tak ambil pula gambar tu.



www.ceritaku.my
Cantik bukan....gambar ini saya ambil dalam ruang pameran yang terdapat di Royal Palace ini. Saya amat tertarik dengan gambar ini,ianya menggambarkan suasana klasik dan tradisional masyarakat dahulu kala. Kalau masa sekolah dulu buku teks sejarah saya gambarnya hitam putih aje...tapi di sini saya dapat melihat,menikmati perasaan kalau lah saya berada di zaman itu....apa akan jadi agaknya?


www.ceritaku.my
Siap disediakan ruang rehat dan meja bagi para pelancong menikmati gambar-gambar yang dipamerkan di sini. Cuba lihat gambar tu...ramainya rakyat mengayuh perahu panjang,nak ke mana tu?


www.ceritaku.my
Tadi kita dapat lihat gambar,tapi yang ini siap dibuatnya model patung siap berpakaian lengkap mengikut adat atau situasi peristiwa yang berlaku ketika itu. Memang amat cantik,menarik dan mengagumkan saya.



www.ceritaku.my
Jangan tak percaya ketika saya melawat Royal Palace tanpa disangka saya ternampak gambar Pak Tunku....apa lagi gambar sejarah terus saya ambil. Betapa tersohornya Tanah Melayu ketika itu,meriahnya sambutan kerajaan Kemboja menyambut Bapa Kemerdekaan kita.


www.ceritaku.my Ini pula barangan kegunaan Diraja yang digunakan pada ketika dahulu,sekarang dah antik dan jadi tatapan mata kita pula.


www.ceritaku.my Beberapa dokumen penting sebagai bahan bukti sejarah atau peristiwa pada zaman tersebut.


Anda pasti pernah melihat gambar peta ini bukan? Bukan susah ambil buku sejarah selidik apa yang berlaku pada ketika itu...?


www.ceritaku.myJangan kita lupa Tanah Melayu rakyatnya ada juga yang berasal dari Cambodia,kalau tak percaya balik tanya tok moyang kita. Pasti anda berbangga dengan keturunan anda.

www.ceritaku.my Inilah gambar kawasan Royal Palace yang dipamerkan di peta dinding. Nampak agak kecil tapi kawasannya agak luas dan masih berfungsi untuk upacara rasmi.


www.ceritaku.my
Bayaran agak mahal untuk masuk ke dalam ini. Apa lagi kami guna kesempatan yang ada untuk mengambil gambar,malangnya ada juga lokasi yang tidak dibenarkan para pelancong masuk.


www.ceritaku.my
Lokasi ini saya hanya dapat bergambar di luar sahaja,para pelancong tidak dibenarkan masuk. Walau pun ianya dibuka kepada umum tetapi ianya masih digunakan untuk upacara rasmi.


www.ceritaku.my Bergambar di tepi tangga aje,kawasan larangan. Tapi tepi tangga bukan larangan tau...


www.ceritaku.my
Malangnya anda tidak dapat melihat barangan pameran dalam ni...nak buat macam mana tidak dibenarkan mengambil gambar. Banyak barangan artifek lama yang dipamerkan dan cantik,harga pastinya mahal kerana ianya disaluti emas.








Inilah gambar dari sudut agak jauh,saya ambil gambar Royal Palace (dalam kawasan Royal Palace). Nak masuk sini dikenakan bayaran,agak mahal juga sebab di Cambodia mata wang USD yang digunakan. Bayaran yang dikenakan ialah USD13/2 pax. Memang mahal,tapi dah sampai masuk aje walau pun mahal. Anda akan puas hati dengan bayaran jika anda menghayati dan roundlah sepuasnya di kawasan ini.

Ini pula gambar yang diambil dari luar Royal Palace. Apa taknya,nak masuk sini pun ada timenya. So sambil tunggu saya pun snap aje sudut menarik. Kami masuk tengahari sesudah melawat Muzium Tuol Sleng,Pasar Russian dan siap solat di hotel dulu.

www.ceritaku.my
Wakaf atau pondok ini berada di luar dan berhadapan Royal Palace. Saya intai apa aktiviti yang berlaku di sini,rupanya masyarakat di sini gunakannya sebagai tempat berehat atau rekreasi bersama family. Kalau malam lagi best siap ada jualan gerai makanan lagi di sini. Macam ekspo mereka bawa tikar,bawa bekalan makanan dan berehat di sini. Best bila malam,angin agak kuat kerana di hadapan pondok ini ialah laluan Tasik Tonle Sap yang amat tersohor.

www.ceritaku.my
Zoom sikit,kita pakat tengok pemandangan dari luar Royal Palace. Memang cantik,untuk pengetahuan anda walau pun para pelancong dibenarkan masuk TAPI ada tempat merupakan kawasan larangan kepada pelawat.


www.ceritaku.my
Nak masuk sini,kami berdua dikenakan bayaran USD2 atau 16,000 tapi duit Cambodia lah. Seronok dapat melihat tinggalan sejarah Rejim Khmer Rouge,sedih kerana tindakan yang amat kejam terhadap rakyat jelatanya.


www.ceritaku.my
Setiap pesalah sebelum menerima hukuman akan diambil gambarnya sebagai rekod atau bukti.

www.ceritaku.my
Rakyat akan diseksa untuk mengaku kesalahan,yang kadang-kala kesalahan yang tidak pernah mereka lakukan. Mereka diseksa dengan pelbagai cara termasuk dengan cara kejutan elektrik seperti gambar diatas.




www.ceritaku.my
Ini juga gambar pesalah yang diseksa dengan kejutan elektrik. Bangunan ini mempunyai 3 aras yang menempatkan para pesalah ketika zaman Rejim Khmer Rouge. Saya sempat menulis sedikit catatan didalam buku pelawatnya,nak tahu apa yang saya tulis? Anda perlu datang ke sini untuk membaca catatan saya...





www.ceritaku.my
Cuba anda zoom gambar ini,baca dengan penuh perasaan. Anda pasti dapat menyelami dan merasai kekejaman yang telah berlaku pada zaman Pol Pet ini.Pertama kali saya membacanya,saya berasa amat sedih dan dapat merasa terseksa jika saya hidup dan berada di sini ketika kekejaman ini berlaku.




Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home