Trans-Borneo Day 7 TAWAU? Part 3


Belajar geografi kita hari ini,ini lah peta kedudukan Bandar Tawau.Cuba perhatikan pulau-pulau yang berhampiran dengan Bandar Tawau. Sambil-sambil kaji peta kita tinjau lokasi menarik di Tawau.



TAMAN BUKIT TAWAU adalah lokasi tadahan air sungai.Antara sungai yang terlibat ialah Sungai Merotai,Sungai Kinabatangan,Sungai Mantri dan Sungai Balung.Terletak hanya 24km dari Bandar Tawau.Apa yang menarik di sini ialah ianya merupakan rumah kepada spesis haiwan dan tumbuhan.Orkid tanah pamah atau lebih dikenali Orkid Telinga Gajah,boleh didapati di sini.Manakala spesis haiwan pula ialah Kera Ekor Panjang,Musang,Tupai Putih Kuning,Monyet Merah dan Monyet Putih.


Seterusnya bagi yang ingin mengetahui lebih mendalam mengenai proses dan pengeluaran koko boleh melawat MUZIUM KOKO TECK GUAN.Terletak di Batu 2,Tangjung Batu Laut baru saja dibuka kepada awam pada tahun 2002.

Apa tunggu lagi,intai-intailah tiket belon ke sini...
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home