Trans-Borneo Day 5 Sandakan to Lahad Datu

www.ceritaku.my
Beberapa hari bermotorsikal,maka adalah pakaian kotor yang perlu dicuci. Kami terpaksa mengambil sendiri di tempat cucian kerana ingin menyegerakan pergerakan perjalanan kami.


www.ceritaku.my Destinasi seterusnya ke Semporna melalui Lahad Datu. Jarak Sandakan ke Semporna ialah sejauh 316km.

www.ceritaku.my Memulakan perjalanan seawal jam 9.00 pagi,keadaan jalan agak santai dan relak.

www.ceritaku.my Seronok bergerak di awal pagi,kerana lebih santai menikmati suasana nyaman persekitaran.

www.ceritaku.my Kenderaan yang bertentangan laluan pun tidak begitu banyak.

www.ceritaku.my Suasana tenang di sungai.

www.ceritaku.my Saujana mata memandang,jauhnya lagi perjalanan kami menuju lokasi.

www.ceritaku.my Beberapa kawasan tanah yang gondol tanpa sebarang tanaman,dan bersedia untuk siri penanaman semula.

www.ceritaku.my Pemandangan awan yang cantik di Borneo.

www.ceritaku.my Makin berkurangan kenderaan yang lalu-lalang,walau pun ini jalan utama.

www.ceritaku.my
Lega....nampak signboard Lahad Datu.....jejak juga kaki di sini.Menariknya Lahad Datu ialah adanya Hutan Simpan Lahad Datu,Lembah Danum,Taman Hidupan Liar Tabin dan Gua Madai.


www.ceritaku.my
Kami berhenti di Petronas Jalan Segama,Lahad Datu. Mengisi petrol dan membasahkan tekak kami yang mula kekeringan.Jam 11.00 pagi kami sampai di sini,dengan jarak perjalanan sejauh 156km.













Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 rajin tulis:

Post a Comment

Terima kasih,kerana sudi meninggalkan komen