Trans-Borneo Day 5 Lahad Datu to Tawau

Sepanjang perjalanan tran-borneo ini,satu pemandangan yang amat menarik bagi pandangan mata saya ialah bulatan jalan yang pelbagai.

Setiap bulatan melambangkan suasana atau situasi kawasan setempat.

Biasalah Sabah atau Sarawak yang masih kaya dengan kawasan lapang.

Masih kaya dengan hidupan hijaunya.Masih kaya dengan tanah yang mampu menjana sumber ekonomi masyarakat setempat.

Destinasi kami seterusnya ialah menuju ke Tawau.

Sabah masih terkenal dengan hasil kelapa sawit.

Kiri-kanan perjalanan menuju Tawau,saya melihat pemandangan hijau tanaman kelapa sawit.Maklumat kawan juga menyatakan perjalanan yang bakal kami tempuhi sepanjang perjalanan trans-borneo ini ialah melihat kehijauan tanaman kelapa sawit.

60% sumber ekonomi Sabah ialah dari hasil hutan rimba,manakala 30% lagi merupakan hasil dari pertanian.Sumber pertanian dan perhutanan adalah penyumbang kepada ekonomi Sabah.Untuk pengetahuan anda,Sabah merupakan pengeluar utama minyak kelapa sawit dan koko di Malaysia.

Melalui pemandangan ini anda pasti dapat membuat andaian sendiri dan pasti yakin 1/7 kawasan Sabah ini merupakan kawasan pertanian.

Kita hampir sampai destinasi seterusnya...Tawau.

Saya memang seronok setiap kali nampak signboard sempadan daerah.Maklumlah Sabah ini besar dan berkeluasan 73,610km persegi.Perlu kita ingat Sabah merupakan negeri ke 2 terbesar di Malaysia.

Jika menuju ke Kunak di sebelah kiri gambar ini,anda mampu menjimatkan jarak perjalanan sejauh 60km untuk sampai di Semporna.

Kita akan menuju daerah Tawau.













Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

3 comments:

  1. slmt berjalan2 sekitar sabah.best la akak ni.sy ni pun x abes round lagi huhuhu

    ReplyDelete
  2. wahhh seronok nya travel macam ni. anyway helmet lawa ahaha

    ReplyDelete
  3. Deem...kena round Sabah
    Naz...tq,helmet yang banyak jasa tu..

    ReplyDelete

Terima kasih,kerana sudi meninggalkan komen