Trans-Borneo Ride,LCCT

Inilah tiket yang melayakkan diri anda sampai di Salak Tinggi,jangan risau bas menunggu untuk membawa penumpang flight terus ke LCCT.

Suasana ketika dalam ERL,agak sunyi maklumlah malam. Untuk pengetahuan semua inilah kali pertama naik ERL,tak malu mengaku...

Sesampai di Salak Tinggi kena menapak menuju ke bas yang menunggu di bawah.

Bangga duduk kat sini selesa,tup-tup tengok signboard tu....patutlah tempatnya selesa.

Inilah rupanya ....

Ada lagi ni....berbanggalah kita dengan pengangkutan awam yang canggih dalam negara.

Memang selesa sampai nak terlelap juga layan aircond yang sejuk ni.

Selesa bukan pilihan tempat duduk dalam ERL.

Masa ni...tengah menunggu giliran beli tiket,berdebar juga sebab kedengaran pengumuman train dah nak sampai tapi tiket belum beli lagi....Alahai...kejap lagi nak start acara larian mengejar train lah pula.

Suasana hadapan kaunter tiket yang lengang. Mana tak lengang dah jam 11.oo pm.


Planning awal naik bas,tapi kami lambat sampai sebab pekena mee kari yang sedap di rumah kawan Bandar Tun Razak. Tengok lah gambar di atas tu,jadual perjalanan bas. Bas terakhir dari KL sentral ni jam 10.00 pm,kami sampai jam 11.00 pm.
Mula-mula sampai dah terlepas bas,risik-risiklah teksi. Wah! mahal amat...

Tak apa malam masih muda kita snap gambar dulu. Lepas snap beberapa gambar baru terfikir nak naik ERL.










Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 comments:

  1. nak try jugak nnti one day..excited tgk gambiran2. Sib baik bro Labib ade share dkt forum FERNO

    -Han-

    ReplyDelete
  2. Silakan....apa-apa pertanyaan boleh contact Bro Labib.

    ReplyDelete

Terima kasih,kerana sudi meninggalkan komen