Trip Halong Bay - 5


Inilah gambar kapal yang kami sewa untuk melawat sekitar Halong Bay. Sebuah kapal kami sewa baru puas hati tiada gangguan dari orang lain. Sedikit info mengenai sejarah Halong Bay,menurut sejarah dahulu zaman berlakunya peperangan antara Vietnam Utara dan Vietnam Selatan tercetus. Halong Bay ini dijadikan sebagai pusat pengumpulan atau penyimpanan senjata api ketika peperangan tersebut. Apa sebabnya? Lokasinya yang strategik,agak terlindung atau tersorok memang sesuai sebagai tempat penyimpanan senjata api dan juga berlindung dari serangan musuh. Jika anda perhatikan gambar yang saya paparkan banyak kelihatan teluk atau lokasi yang terlindung dan begitu sesuai untuk bersembunyi....kalau anda nak bersembunyi disini pun boleh... Halong Bay terletak di Teluk Tonkin yang bersempadan dengan negara China. Anda boleh belayar terus dari sini menuju ke China.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home