Hong Kong-Pertama kali menjejak kaki

Pertama kali menjejak kaki ke sini tanpa sebutir bahasa mandarin pun tak tahu nak cakap. Sebenarnya perjalanan kami bermula di Guangzhou,China. Tapi dah terUPLOAD gambar Hong Kong.

Jalan punya jalan bawah tanah,kami naik LRT. Kami ikut signboard,tup-tup kami keluar sebelah masjid KOWLOON. Memang molek lah sempat cik abang ni solat Jumaat di Hong Kong. Saya menunggu di luar masjid ni. Seronok sebab masjid ni di tepi jalan besar,dan bagi jemaah masjid selepas solat mereka diberi makanan tengahari percuma sumbangan kedai makan yang berhampiran serta masa untuk berkumpul atau perhimpunan kecil di sini.

Jalan lagi,nak cari guest house yang murah nak bermalam kat sini. Maklumlah di sini semuanya mahal. So nak murah kena rajin menapak. Kalau ada guest house murah dapatlah bermalam kat sini,kalau tidak balik China lah. Bukan jauh pun naik bullet train dalam 2 1/2 sampailah di Guangzhou. Akhirnya jumpa juga guest house baru dan murah berbanding yang lain.

Ini stesen Tsim Sha Tsui,sebelahnya Masjid Kowloon. Lokasi pertama saya selepas turun dari Lrt/Mrt dari Guangzhou.




Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 rajin tulis:

Post a Comment

Terima kasih,kerana sudi meninggalkan komen