Phnom Penh,tunggu kedatanganku

www.ceritaku.my Dah siap cop pasport tu, kumpulan kami pun meneruskan perjalanan dengan bot yang sama. Inilah gambar permandangan persekitaran Delta Mekong yang sempat saya rakam buat kenangan dan tatapan anda. Ini tentunya lembu...atau ada panggilan lain. Untuk pengetahuan anda kita pun menikmati daging lembu yang dibawa masuk oleh pengimport negara kita yang memperolehi lembu dari negara ini. Adakah lembu ini salah satu mangsa lahapan kita kelak?



www.ceritaku.my Ketika ini semua penumpang bot dah kepenatan,saya pun baru aje bangun dari tidur. Terasa masa amat lambat bergerak,walhal saya terlelap lebih kurang 1/2 jam. Kami bergilir-gilir tidur maklumlah ruang amat terhad. Masa perjalanan baru 1 jam,aduh macam mana nak habiskan 2 jam perjalanan ni...?




www.ceritaku.my Apa lagi saya gunakan masa saya merakam pelbagai aksi menarik di pinggir Delta Mekong ini. Jangan lupa dengan tandas segera mereka yang telah saya paparkan untuk tontonan anda...Adakah anda tergamak makan ikan dari sini? Sendiri mahu ingat...




www.ceritaku.my Ini pula gambar bot,entah dari mana pula datang tetiba aje saya tengok ada disini.


www.ceritaku.my Relak sang lembu,sama tak dengan lembu Malaysia. Lembu diikat pada pokok ini tuannya entah ke mana,boleh bawa balik Malaysia ni...
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 rajin tulis:

Post a Comment

Terima kasih,kerana sudi meninggalkan komen