Masjid Kampung Cham,Vietnam

Jalan punya jalan sampailah kami di masjid Kampung Cham. Kebetulan pula berjumpa dengan Tuan Haji Omar yang merupakan imam masjid ni. Ya......

www.ceritaku.my Jalan punya jalan sampailah kami di masjid Kampung Cham. Kebetulan pula berjumpa dengan Tuan Haji Omar yang merupakan imam masjid ni. Ya...Allah kita gembira bertemu dengannya ,Tuan Haji Omar lagi gembira bertemu kami,siap peluk erat suami saya.


www.ceritaku.my Ini antara aksi perbualan mereka yang sempat saya rakam,kawan saya yang bertopi inilah jadi jurubahasa perbualan kami. Tuan Haji Omar hanya boleh berbahasa melayu sikit sahaja.


www.ceritaku.my
Terima kasih Rolland kerana sudi mengambil gambar kami berdua,kalau tidak asyik solo aje bergambar. Gambar ini dirakam dihadapan pintu masjid. Ketika sampai disini,teringat saya masa sekolah dulu cikgu sejarah selalu cakap kebanyakan keturunan "Wan" berasal dari sini. Hai..!confius...pulak,kena jejak kasih nanti.


www.ceritaku.my
Masjid ini merupakan masjid yang terbesar disini,ada juga beberapa surau kecil yang berhampiran dengan masjid ini. Pintu masjid dikunci bagi memastikan keselamatan barangan didalam masjid dan kebersihan masjid terjamin. Bagi para pelancung adalah memadai kalau kita bersolat di beranda atau tingkat atas masjid yang bersih dan tenang ini. Untuk pengetahuan anda walaupun berkunci,ianya tetap dibuka setiap kali tiba waktu solat. Kami tidak lama disini kerana kami harus memulakan perjalanan ke Cambodia sekejap lagi. Lebih kurang jam 10.00 pagi kami beredar menaiki bot.



You Might Also Like

0 rajin tulis

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif