Saturday, November 28, 2009

Sekitar Trengganu

Jangan marah,walaupun hujan saya sempat bergambar di pantai Kelulut,Trengganu. Nak tengok air laut,menurut makcik penjual satar ketika ini ombak masih belum cukup tinggi lagi.
Inilah suasana pemandangan pantai Kelulut,Trengganu. Walaupun hujan renyai-renyai tapi ombak tetap merbahaya kepada nelayan.


Ketika ini saya dalam perjalanan ke Dungun niat bertemu seorang kawan,kalau ada rezekilah. Malangnya, kami tidak dapat bertemu. Tetapi.....ini yang berlaku..

Sampai di persimpangan lampu isyarat,saya lihat 3 buah kereta peronda polis...suspen sikit. Laa...berlaku rompakan!




Sibuk anggota keselamatan kita ni,nasib baik kejadian ini berlaku sebelum saya sampai sini. Bahaya kalau lalu ketika kejadian....Apa-apa pun kita perlu sentiasa berhati-hati sepanjang masa dan bekerjasama dengan pihak keselamatan negara.



Selingan...Banjir di Trengganu

Sebelum saya memulakan cerita baru, saya mulakan dengan cerita dalam negara kita. Cuaca terkini negara kita,musim tengkujuh. Lihatlah gambar ini,gambar ini diambil ketika saya dalam perjalanan pulang dari kampung ke Kuala Lumpur melalui negeri Trengganu. Pastinya rakyat Trengganu tahu dimana lokasi ini. Kejadian berlaku pada tarikh 19 hb.November 2009.
Ini pula situasi ketika kami sampai di depan Universiti Malaysia Trengganu. Laluan tergendala tapi masih boleh dilalui. Jika anda lihat sebelah kanan jalan sudah ditutup kerana air terlalu dalam dan kenderaan ringan tidak boleh melaluinya.

Tak percaya,ini gambar UMT maaf tak sempat nak zoom,so anda zoom sendiri aje lah.



Jalan depan UMT,sesiapa yang ingin melalui jalan ini harap dapat merancang perjalanan anda. Dikhuatiri akan ditutup jalan ini jika hujan berterusan.


Friday, November 27, 2009

Bye-bye Bandung

Ini gambar yang sempat saya ambil di Airport Bandung sebelum bertolak pulang,masa sampai tempoh hari malam tak nampak apa-apa.So time balik ni,terang-benderang bolehlah bergambar sakan.

Kiosk di luar kaunter sebelum masuk ke ruang dalam,memang kecil aje. Nak beli kek pun tak tergamak,sebab tak banyak pilihannya.Saya pusing or round keliling kiosk cuci mata dan duduk tunggu kat depan tu,orang tak bagi masuk dalam lagi.


Ini pak jaga tapi bukan yang jadi jaga airport. Pak jaga ni bertugas dengan tentera,kalau nak tahu airport ini berkongsi landasan dengan markas tentera.


Inilah tandanya saya ke sini bergambar dekat tugu airport,walaupun panas. Mulanya tak nak bergambar tapi tengok ramai pula yang bergambar,teringin lah kita pun.




Tengoklah para penumpang bergegas nak kejar teksi yang terletak kat depan tu aje. Jangan risau teksi memang banyak kat situ. Sedia duit dan cakap mana nak pergi,selesai masalah.



Monday, November 23, 2009

Bandung-Bersukaria,walaupun puasa.

Sapa kata bila puasa aje semua aktiviti terhalang! Tengok ni,siap boleh main belon lagi....memang lah tak malu minta dengan penjual tu nak try. Dah lah tu semua pemandu pandang...hah! peduli dengan dia orang nak pandang janji hatiku gumbira. Yang best tu time keta besar lalu mercedes lagi lah buat kasi belon tu banyak-banyak sampai kena keta tu. Tuan keta tak marah pun,agaknya dia kata kasihan dia ni tak pernah main belon agaknya masa kecik-kecik!

Ini lah gambar buih yang tak menjadi! ingat senang ke,rupanya ada teknik juga biar belon ni jadi! Hayun kuat-kuat,lenguhlah tangan praktis dulu.



Jangan tak caya cowok ni kasi akak demo lagi! aduh kena belajar dengan cowok indon....




Hah! time ni buih belon banyak berterbangan di udara,dah pandai hayun. Mana cowok tadi? Hilang....akak dah halau dia jauh-jauh...nak main sorang-sorang lah katakan,tamak kejab!

Sunday, November 22, 2009

Kenangan di Kawah Putih

Lihatlah ini sebahagian beberapa gambar yang diambil secara dekat di gunung berapi mendap atau tidak aktif. Lihat airnya,jangan cuba-cuba minum kalau nak minum juga silakan! Risiko sendiri tanggung yek!


Ini pula saya fokuskan pada hujung gambar,perhatikan umpama debu putih yang menaburi setiap kawasan ini. Elok kita jangan terlalu lama di sini,buatnya nasib tak baik gunung berapi ini aktif atau hidup semula tak sempat lari ,tak cukup kaki nak pecut nanti.

Saturday, November 21, 2009

Jangan marah tau! - Kawah Putih

video
Jangan marah gambar sebelum ini lastnya,anda semua dapat tengok kaki saya. Nak buat macam mana,tak plan nak amik gambar sebab masa tu kami sibuk cari air suami saya nak cuci tangan. Suami saya dengan sengajanya menyentuh air tasik tu,lepas tu apa lagi mulalah rasa tak selesa tangan,time tu jugak lah sang isteri minta nak amik gambar tapi terekod lak gambar ini.

Masih di Kawah Putih

video

Mulanya suamiKu nak amik gambar entah macam mana jadi terekod pulak,walaupun tak berapa menjadi tapi akan disiarkan juga. Iyalah untuk berkongsi pengalaman!

Kawah Putih

Inilah gambar yang sempat saya ambil sebelum turun ke tasik Kawah Putih,masih sempat senyum sebab posing. Tapi hidung tu, dah mula menyengat bau gas yang tengit. Oh! ya jika ada perhatikan gambar di belakang saya terdapat ruang kosong sebelah kiri gambar. Di situlah duduk seorang anak kecil lelaki berbekalkan sebuah gitar yang agak usang,menyanyi pelbagai lagu popular sambil meminta belas ihsan kita supaya bersedekah. Kalau anda pembaca yang budiman mahu tahu suara kanak-kanak lelaki itu memang sedap telinga mendengar boleh rasanya komposer Malaysia amik jadi penyanyi pelapis.

Tengok ni....pandangan dari dekat takungan air di Kawah Putih ,anda diminta tidak menyentuhnya. Botol air mineral pun lebur,apatah kalau benda lain. Kalau nak tahu anda datang sini buat uji kaji...macam nak exam lak! Perhatikan persekitarannya tiada tumbuhan yang hidup kalau ada pun agak jauh dari kawasan takungan air tersebut.

Tuesday, November 17, 2009

Pintu gua di Kawah Putih


Alamak! pakwe mana ni.....inilah pintu gua yang mengeluarkan bau gas yang tengit.....serta memeningkan kepala kita. Di hadapan pintu ini ada terdapat papan peringatan atau amaran mengenai aktiviti di pintu gua,antara lain berbunyi dilarang menyalakan api di hadapan pintu gua ini walaupun putung rokok ditegah sama sekali. Para perokok hentikan tabiat menyedut anda buat seketika. Ditegah berdiri terlalu lama dihadapan pintu gua ini.

Strawberry....Bandung

Jangan tak caya,pilih sendiri buah strawberry tu. Tak puas hati orang pilih,siap pilih yang besar lagi. Memang sedap fresh dari pokoknya. Pencuci mulut hari tu ialah strawberry waktu berbuka lah ingat time pergi sana bulan ramadhan tau!....Rasanya pasti rasa strawberry dah lah besar,manis pendek kata puas hati lah harganya memang berbaloi murah dik oii!



Sorry lah gangguan nak tunjuk juga pilih buah strawberry ni....nanti kita tengok pulak gambar pintu gua yang keluarkan bau gas yang tengit tu.

Monday, November 16, 2009

View Kawah Putih

Tengok ni! pemandangan ini saya ambil sebelum turun mendekati tasik yang terbentuk akibat muntahan gunung berapi mendap ini. Untuk pengetahuan pembaca blog sekalian,dari atas lagi saya telah menghidu bau tengit gas. Dari sini kelihatan memutih pemandangan tasik ini. Hanya pohon-pohon diatas saja dapat hidup agak subur.



Ini pula pemandangan dari jarak dekat,lihat tu papan tanda peringatan. Sesiapa yang datang harap membaca papan peringatan tersebut. Peristiwa menarik ketika ini ialah saya dapat menyaksikan sesi penggambaran artis indonesia di sebelah kiri gambar ini. Malangnya,saya tak mengenali artis tersebut. Sebagai peringatan kepada bakal pengunjung anda yang tidak tahan dengan bau tengit ini adalah AMAT TIDAK DIALU-ALUKAN,dikhuatiri anda akan muntah dan pening atau sakit kepala akibat terhidu bau ini. Ibu-ibu hamil jauhi tempat ini,demi keselamatan anda dan bayi. Anda yang tidak tahan bau ini,dinasihatkan berada di gerai-gerai buah strawberry atau cenderamata di tempat parkir.

Kenangan perjalanan ke Kawah Putih

Tengoklah ni...besar dik buahnya,kalau sekilo RP25,000 atau RM8.00 aje. Malaysia mana nak dapat dengan harga ni,kalau tak silap lah sekilo strawberry Cameron Highland RM16-18/kilo tu. Hah! jauh bezanya kan. Time ni kami dalam perjalanan ke Kawah Putih.


Siap boleh pilih lagi...yang pakai baju putih tu supir PANTHER yang kami sewa,yang tengah dok mengisi buah ialah tokey kebun strawberry. Kami mulanya menyangka dia orang tak jual pada orang lalu-lalang macam kami ni. Rupanya mereka sapu semua, janji duit RP masuk dalam poket. Asal aje ada pembeli mereka jual,janji setiap kutipan membawa pulangan wang.
Penatnya akak memilih buah tu! Tengoklah sampai tak berpaling kat cameraman!

Kawah Putih

Kawah putih merupakan gunung berapi yang tidak aktif lagi di sini,bagaimana pun ianya masih mengeluarkan gas yang agak tengit baunya. Anda dilarang duduk,berdiri lama dihadapan pintu gua yang mengeluarkan gas tersebut. Dikhuatiri anda akan terdedah kepada bahaya akibat terhidu gas yang dikeluarkan. Anda juga dilarang sama sekali menyentuh air tasik tersebut ,kalau sentuh juga tak mengapa..segera,secepat mungkin cuci tangan tersebut dengan air bersih. Banyak sangat pantang larangnya kan,merokok pun dilarang kat sini,kalau nak boleh try depan pintu gua yang mengeluarkan gas. Lepas tu cerita pada kita apa jadi pada anda...apa taknya botol air mineral yang dicampak dalam tasik lebur! Sebab itu ditegah sama sekali menyentuh air tasik,tapi suami saya nak gak try sentuh...lepas sentuh apa jadi? Tangannya berasa tidak selesa,agak kesat dan berbau gas...so apa tunggu lagi air!air!air.! ..masa tulah baru cepat-cepat cuci! Kalau tak cuci,tak tau lah apa jadi,sebab tak try pun.Bagaimana kalau anda pula ke sana try celup tangan dalam tasik tu jangan dicuci tangan anda dan cerita pada kita orang apa yang terjadi pada tangan anda. Kat kawah putih ni anda boleh mendaki tepi lereng gunung berapi menuju ke puncaknya . Pendakian anda perlu ditemani tour guide disitu dengan bayaran tertentu. Sorrylah saya tak tau berapa bayarannya kerana tak mendaki,mengapa? Sebabnya pendakian tersebut memerlukan masa 1 1/2 jam keatas dan 1 1/2 turun semula...suami saya awal-awal dah angkat tangan tak sanggup. Apa yang kita nampak jika kita mendaki,mengikut cerita penduduk tempatan apabila sampai di puncak kita akan nampak bentuk kawah yang kosong,ialah kan gunung berapi ini tidak aktif lagi. Pemandangan yang putih,umpama cawan atau mangkuk kosong. Itu saja viewnya,bezanya yang paling ketara ialah gunung berapi kalau kat Malaysia mana ada. Kita patut bersyukur kerana tiada gunung berapi ini,kalau tidak kita sengsara....bayangkan gasnya saja dah menyakitkan hidung,boleh menyesakkan pernafasan belum lagi muntahan gunung berapi ni... Betapa bersyukur saya menjadi rakyat Malaysia yang aman damai.

Sunday, November 15, 2009

Perjalanan ke KAWAH PUTIH

Pada hari ke 3 saya tiba di Bandung,suami membuat perancangan untuk melawat ke KAWAH PUTIH. Kawah Putih merupakan suatu tempat yang terletak agak jauh dari bandar iaitu 1 1/2 jam perjalanan pergi. Lihat lah pemandangan yang sempat saya rakamkan sepanjang perjalanan ke sana. Ianya terletak di kawasan tanah tinggi,pasti udaranya nyaman dan dingin di sini.
Kawah Putih ini agak pendalaman sedikit,merupakan kawasan yang subur dengan hasil pertanian. Ia adalah kawasan tumpuan pelancong kerana KAWAH PUTIH merupakan gunung berapi yang sudah tidak aktif.


Lihatlah kawasan kediaman yang terletak berhampiran dengan tanah tinggi,di hadapan kediaman setiap rumah pasti ada diusahakan tanaman sama ada sayur-sayuran mahu pun strawberry. Jangan tak caya kat sini strawberry tanam depan rumah. Ialah dah kawasan sejuk macam kat Malaysia, Cameron highland lah!


Nak sampai ke tempat tersebut kena lah kami menempuh kesesakan lalu-lintas ni...Tengoklah kena bagi laluan ...kereta kuda nak lalu bukan satu aje banyak,tak sempat pula nak kira masa tu. Motorsikal usah cakaplah memang kat mana-mana sentiasa menyesakkan jalan raya.



Laa...tengok ni,pengemis jalanan budak lagi. Agak-agaknya berapa usia budak ni? Jawab dalam hati tau! Macam-macam lagi dia orang nyanyi nak minta simpati,dari lagu rock,tukar balada,tukar nasyid sebab tengok saya pakai tudung...Ingat kalau ada duit lebih sedekah aje kat orang miskin di Malaysia atau bayar zakat kat negara kita. Kat sini tak payah tunjuk baik, nanti tinggal sehelai baju ,sehelai seluar buat naya aje. Kalau nak ke sini anda boleh menyewa kereta,kami sewa PANTHER sehari dalam RP350 ribu,so arah saja bapak supir bawa kami jalan serata tempat.



Saturday, November 14, 2009

Selera Bandung


Tengok lah kan dah cakap,ambil sapu tangan lap air liur tu! Menyelerakan bukan!berlapis-lapis. Rasanya ialah rasa air lah....taklah manis sangat bak kata orang manis-manis buah,tapi ada gak buah yang tawar kan tapi ni manis tapi bukan macam gula lah manisnya. Warnanya aje merah tapi bukan sirap ros tau! Sorry lah tak ingat namanya dalam jurnal pun AKAK tak tulis. Nanti akak pergi pulak tanya dengan tokey kedai makan tu.



Yang pasti berbiji-biji putih yang anda nampak ialah barli, buat penyejuk badan. Best gak rasanya sampai minum 2 gelas,ialah free. Memang muka tak malu,tapi kena ingat kalau malu lapar. Para pelayan pun siap offer kalau nak tambah lagi,ini adalah daya tarikan kedai makan dia orang kalau tak pelanggan lari ke kedai sebelah.

Selera Bandung


Lihat lah ..! hidangan percuma bagi pelanggan yang berbuka puasa di kedai makan ini. Minta lah 2,3 gelas air ini adalah percuma. Tapi pastikan anda dapat menghabiskannya, kan tidak elok kita membazir. Ini air sejuk, air teh percuma juga disediakan. Kita perlu tahu di Indonesia tiada air MILO, hanya ada air coklat. Kalau sesiapa nak atau teringin minum air milo baik anda bawa milo 3 in 1 di Malaysia sebagai bekalan anda.
Nak makan mee,bakso,tempe semuanya ada. Pastinya TEMPE menu pilihan saya , sampaikan suami saya pun mula menyukainya gara-gara saya suka memakannya. Kalau nak tahu saya siap suruh bungkus bawa balik hotel,bukan sehari je tiap kali berbuka TEMPE hidangan wajib saya.

Thursday, November 12, 2009

Jalan-jalan di Bandung


Bulan ramadhan bulan yang mulia,perjalanan ke Bandung kali ini amat jimat untuk perbelanjaan makan. Puasalah katakan,lagi pun waktu berbuka cepat jam 6 sore. Jangan terkejut sahurnya jam 3-4 dinihari,jam 4.45 pagi dah imsak. Waktu malam sebelum tidur pastinya kakitangan hotel akan menelefon ke bilik kami,bukannya apa untuk ambil pesanan menu bersahur nanti.
Aktiviti siang hari kami merayap lah naik angkutan kota,kalau kat malaysia ni teksi murah lah ,kalau di thailand tut-tut. Bayaran tak lah mahal untuk sesuatu perjalanan lebih kurang rm1.00 malaysia jaraknya hampir 5-10km.
Hanya sebelah petang sesudah asar kami menyusur jalan di hadapan balai polis ini dan menuju ke PARIS VAN JAVA.

Wednesday, November 11, 2009

Bandung


Sampai di Bandung,dengan penerbangan malam...delay lagi. Paling menyakitkan hati delay flight...adalah perkara biasa, dulu masa ke Medan tahun lepas. Apa lagi bila delay apa yang dirancang dah terbatal dengan sendirinya. Sampai taklah malam sangat waktu maghrib...sah-sah tak sesuai nak merayau. sampai di Hotel Caryota terus aje bergegas kejar waktu solat. Restlah kejab dalam setengah jam baru turun ke ruang lobi dan merayau di persekitaran hotel. Suasana malam saya sampai sejuk dan angin bertiup agak kuat. Menurut maklumat pekerja hotel disitu,Bandung pada ketika saya di situ sedang dalam peralihan ke musim sejuk atau musim hujan. Sebelum ini dah beberapa bulan tidak hujan....dan kemaraunya agak panas pelik.
Untuk pengetahuan pembaca lebih kurang seminggu sekembalinya saya ke Malaysia terjadinya gempa bumi di Bandung. Betapa bersyukurnya saya kerana mengikut pengamatan saya keadaan cuaca pada ketika itu agak pelik bagi saya. Apa taknya,matahari terik memancar tapi anginnya agak kuat seolah-olah hujan hendak turun. Bagi beberapa penduduk tempatan yang sempat saya berborak,mereka juga melahirkan rasa yang sama. Sepatutnya Bandung cuacanya nyaman ....kata orang Bandung tetapi berlaku sebaliknya.
Bandung merupakan tempat pelancongan beriklim sejuk, dan menarik sejumlah besar pelancong melawat Bandung disebabkan oleh iklimnya yang sejuk. Bandung terletak di kawasan tanah tinggi,keadaan ini menyumbang kepada iklimnya yang sejuk. Malangnya pada masa lawatan saya cuaca di Bandung kurang sejuk. Mungkin itu merupakan tanda-tanda awal kejadian gempa bumi,hanya kita manusia yang lalai atau leka dengan tanda atau peringatan Allah.

Tuesday, November 10, 2009

Telekung-Pasar Baru

Pandanglah,lihatlah....wah! macam lagu pula. Inilah keajaiban otak manusia yang Allah Taala kurniakan pada kita. Tak percaya,mana boleh....kalau orang yang bijak menggunakan akalnya pada ruang yang betul pasti dia tidak terpesong ke landasan yang salah. Ini merupakan antara manusia yang bertuah dan bijak kerana menggunakan akalnya ke arah kebaikan. Mencipta kesenian di kain solat...bayangkan betapa besar pahala manusia ini andai kata insan iaitu pembeli ini dengan ikhlas menghargai keindahan serta ketulusan hatinya mengadap Ilahi.
Saya telah mengutarakan pendapat saya di ruang facebook bahawa "KEINDAHAN DAN KEIKHLASAN ADALAH SALING BERGABUNG'.


Kita menghargai keindahan seni yang kita pakai tapi pada masa yang sama kita ikhlas terhadap setiap ibadat kita. Bagi saya tidak salah bermewah dalam beribadat tetapi jangan melampau serta ikut kemampuan kita.

Pasar Baru Bandung,Dunia Fesyen

Saya sengaja memaparkan semula gambar ini dengan tujuan tatapan bagi pembaca blog baru saya. Gambar ini diambil di Pasar Baru,Bandung. Bagi pelancong khasnya dari Malaysia yang mengambil pakej JAKARTA-BANDUNG mereka akan membeli-belah di sini.
Pasar Baru ini adalah tempat tumpuan para pelancong membeli-belah,roundlah sepuas hati mencuci mata sebelum menghabiskan RUPIAH. Jika habis Rupiah jangan risau di lantai 3 atau lantai 4 ada disediakan perkhidmatan ATM. Sebelum itu daftarlah perkhidmatan bank anda didalam negara,minta bantuan bank anda. Saya dan suami menggunakan perkhidmatan MAYBANK,so kami tiada masalah mengeluarkan wang RUPIAH di ATM.

Monday, November 9, 2009

Gambar kenangan di Bandung

Ini lah sebahagian gambar yang telah saya paparkan sebelum ini,sayang gambar ini cantik nak delete so kita tatap lagi. Payah nak dapat ni,kalau tak pergi ke Bandung manalah nak dapat gambar ni....Cuba kita lihat daya kreativiti mereka sungguh membanggakan.
Mulanya saya terfikir mahu ke, orang Malaysia nak pakai yang glamour ni....iyalah liplap-liplap (bahasa pasar),silaunya mata tengok manik kecil ada besar jangan citerlah. Ada seorang pelanggan tetap saya berkata,"alahai! glam sangat lah nak pakai". Tapi rupanya kita je rasa macam tu,bila saya ke KL wah! memang rakyat Malaysia ni pantang jumpa yang baru pasti jadi buruan.


Masyarakat di sini sememangnya kreatif dalam pelbagai bidang,beg guni (orang tua-zaman dulu selalu pakai) boleh dijadikan barangan dagangan. Tapi mereka buatlah menarik sikit kasi warna sikit dan letak lah perkataan BANDUNG...kasi up value, harganya pun up lah!. Sesiapa yang tak pandai menawar harga,balik hotel dengan hati tawar,kelat dan bisu mulut rasa tertipu.


Biasalah perkara macam tu,dimana-mana pun ada..Apa yang penting bila berada di tempat orang kita perlu lebih berhati-hati. Kan pepatah dah dengar masuk kandang kambing...macam mana bunyi? masuk kandang Rimau....saya pasti tak masuk,sapa nak cari mati.

Tatapan cerita Bandung...


Bagi pembaca blog saya ribuan terima kasih kepada para pembaca blog ini kerana anda secara langsung dan tidak langsung telah memberi sokongan kepada saya kerana melayari blog ini. Ini merupakan blog yang akan saya kisahkan atau cerita mengenai pengalaman saya berjalan ke negara orang.

Blog Lawat Bandung yang pertama saya lancarkan ialah mengenai barangan yang saya niagakan kepada pembeli. Saya akan kekalkan blog tersebut sebagai blog barang dagangan,wah macam berniaga besar lah pulak. Dalam blog Lawat Bandung mengandungi Tudung Bawal Bandung,dan Tudung Bandung Bersulam Timbul barangan ini saya terbangkan khas dari Bandung,Indonesia ketika saya ke sana Ramadhan lepas. Jangan risau jika anda mendapati harganya murah kerana saya membawa pulang dengan bagasi sendiri tanpa perlu caj tambahan. Dalam blog Lawat Bandung juga saya telah selitkan jualan Kain Silk Vietnam dan Tudung Bawal Vietnam pun saya terbangkan khas dari Vietnam,bandingkan harganya memang murah TAPI berkualiti! Apa yang saya titik-beratkan ialah kepuasan hati pembeli saya.
Harapan saya para pembaca blog saya terus membaca blog ini,saya akan berusaha menceritakan semula pengalaman sepanjang berada di Bandung. Insyaallah apabila selesai kisah Bandung saya akan mencoretkan pengalaman saya merentasi Delta Mekong pula.....
Jemputlah semua pembaca blog melayari blog Lawat Bandung untuk membeli barangan luar negara dan blog Ceritaku untuk mu kisah lucu pengembara miskin iaitu saya melawat negara orang....
TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN PEMBACA...

Kegemaran ramai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...