Ho Chi Minh -30 Mei 2009

Lihat lah aktiviti petang yang diamalkan oleh masyarakat di Ho Chi Minh ini...memang santai,pastinya anda tertanya-tanya apa jenis permain...

Lihat lah aktiviti petang yang diamalkan oleh masyarakat di Ho Chi Minh ini...memang santai,pastinya anda tertanya-tanya apa jenis permainan ini. Masa saya kecil dulu saya dan kawan-kawan panggil permainan ini CAPTEH....mungkin ramai yang biasa main. Di tempat lain saya tak pasti,uniknya permainan ini dimain secara memukul bulu ayam tersebut secara terbalik.

Cuba lihat betul-betul,mereka memukul bulu ayam menggunakan posisi belakang. Hebatnya pukulan kerana setiap pukulan mengena dan tinggi pula tu.

Ini gambar yang diambil dalam kawasan taman yang mereka lakukan pelbagai aktiviti....ada yang jogging,ada yang berborak,ada yang main basikal. Kami seronok melihat aktiviti santai mereka.



Setelah berseronok di taman kami terus ke Pasar Ben Taan sekali lagi.Tengoklah macam-macam ada sampai tak tahu nak pilih apa.


Pusing punya pusing last sekali,suami saya ambil keputusan nak gunting rambut. Tukang gunting punyalah ramai dalam kedai gunting tu...tapi customer suami saya sorang aje. Dia nak bercakap tak pandai English,kita nak cakap dengan dia pun tak boleh asyik guna isyarat aje. Baik diam dan ambil gambar mana yang patut.





You Might Also Like

0 rajin tulis

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif