Perjalanan ke KAWAH PUTIH

www.ceritaku.my Pada hari ke 3 saya tiba di Bandung,suami membuat perancangan untuk melawat ke KAWAH PUTIH. Kawah Putih merupakan suatu tempat yang terletak agak jauh dari bandar iaitu 1 1/2 jam perjalanan pergi. Lihat lah pemandangan yang sempat saya rakamkan sepanjang perjalanan ke sana. Ianya terletak di kawasan tanah tinggi,pasti udaranya nyaman dan dingin di sini.
www.ceritaku.my Kawah Putih ini agak pendalaman sedikit,merupakan kawasan yang subur dengan hasil pertanian. Ia adalah kawasan tumpuan pelancong kerana KAWAH PUTIH merupakan gunung berapi yang sudah tidak aktif.

www.ceritaku.my
Lihatlah kawasan kediaman yang terletak berhampiran dengan tanah tinggi,di hadapan kediaman setiap rumah pasti ada diusahakan tanaman sama ada sayur-sayuran mahu pun strawberry. Jangan tak caya kat sini strawberry tanam depan rumah. Ialah dah kawasan sejuk macam kat Malaysia, Cameron highland lah!

www.ceritaku.my
Nak sampai ke tempat tersebut kena lah kami menempuh kesesakan lalu-lintas ni...Tengoklah kena bagi laluan ...kereta kuda nak lalu bukan satu aje banyak,tak sempat pula nak kira masa tu. Motorsikal usah cakaplah memang kat mana-mana sentiasa menyesakkan jalan raya.


www.ceritaku.my
Laa...tengok ni,pengemis jalanan budak lagi. Agak-agaknya berapa usia budak ni? Jawab dalam hati tau! Macam-macam lagi dia orang nyanyi nak minta simpati,dari lagu rock,tukar balada,tukar nasyid sebab tengok saya pakai tudung...Ingat kalau ada duit lebih sedekah aje kat orang miskin di Malaysia atau bayar zakat kat negara kita. Kat sini tak payah tunjuk baik, nanti tinggal sehelai baju ,sehelai seluar buat naya aje. Kalau nak ke sini anda boleh menyewa kereta,kami sewa PANTHER sehari dalam RP350 ribu,so arah saja bapak supir bawa kami jalan serata tempat.



Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home