Kawah Putih

Inilah gambar yang sempat saya ambil sebelum turun ke tasik Kawah Putih,masih sempat senyum sebab posing. Tapi hidung tu, dah mula menyenga...

Inilah gambar yang sempat saya ambil sebelum turun ke tasik Kawah Putih,masih sempat senyum sebab posing. Tapi hidung tu, dah mula menyengat bau gas yang tengit. Oh! ya jika ada perhatikan gambar di belakang saya terdapat ruang kosong sebelah kiri gambar. Di situlah duduk seorang anak kecil lelaki berbekalkan sebuah gitar yang agak usang,menyanyi pelbagai lagu popular sambil meminta belas ihsan kita supaya bersedekah. Kalau anda pembaca yang budiman mahu tahu suara kanak-kanak lelaki itu memang sedap telinga mendengar boleh rasanya komposer Malaysia amik jadi penyanyi pelapis.


Tengok ni....pandangan dari dekat takungan air di Kawah Putih ,anda diminta tidak menyentuhnya. Botol air mineral pun lebur,apatah kalau benda lain. Kalau nak tahu anda datang sini buat uji kaji...macam nak exam lak! Perhatikan persekitarannya tiada tumbuhan yang hidup kalau ada pun agak jauh dari kawasan takungan air tersebut.

You Might Also Like

1 rajin tulis

Terima kasih,kerana sudi menulis komen positif